awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saifuddin gagal pertahan jawatan di UMNO Bahagian Temerloh

Astro Awani
Astro Awani
19/10/2013
14:27 MYT
Saifuddin gagal pertahan jawatan di UMNO Bahagian Temerloh
Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga penyandang Timbalan Ketua UMNO bahagian Temerloh tewas mengejut kepada pencabarnya, Nor Azmi Mat Ludin yang membuat kemunculan semula selepas lima tahun.
Saifuddin yang juga penyandang ahli Majlis Tertinggi (MT) mendapat 205 undi manakala Nor Azmi pula memperoleh 251 undi dan seorang lagi calon yang bertanding, Datuk Akhbar Abu mendapat 194 undi.
Saifuddin dilihat sebagai antara pemimpin UMNO yang mempunyai pandangan progresif dalam politik serta lantang bersuara menggesa perubahan ke arah budaya politik baru.
Dalam mesejnya di Twitter, Saifuddin mengucapkan tahniah kepada lawannya dan menerima keputusan perwakilan.
Sy mengucapkan tahniah kpd Azmi Mat Ludin yg dipilih Tim Ketua UMNO Temerloh yg baru. Sy akur keputusan perwakilan.
— Saifuddin Abdullah (@saifuddinabd) October 19, 2013
Saifuddin bagaimanapun membayangkan kekalahannya itu berpunca daripada politik wang.
@suffikamari sy redha, sebab sy tak main politik wang :)
— Saifuddin Abdullah (@saifuddinabd) October 19, 2013
@RajaMohdShahrim sy kalah. Tp sy redha sebab sy X main politik wang.
— Saifuddin Abdullah (@saifuddinabd) October 19, 2013
"@sloganesh: @saifuddinabd sorry for the defeat.. U r a liberal and genuine leader actually..hmm @ruzails" I didn't use money politics. RT
— Saifuddin Abdullah (@saifuddinabd) October 19, 2013
Dalam pada itu, berdasarkan keputusan tidak rasmi di ibu pejabat UMNO, Saifuddin yang bertanding mempertahankan kerusi Majlis Tertinggi masih tidak tersenarai di kalangan 25 calon yang mendapat undi tertinggi.
Dalam pilihan raya umum ke-13 yang lalu, Saifuddin gagal mempertahankan kerusi Ahli Parlimen Temerloh selepas kalah kepada Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi dengan majoriti 1,070 undi.
Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu baru-baru ini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global.
Topic Berkaitan
#pemilihan
#Pemilihan UMNO
#Saifuddin Abdullah
#temerloh
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan