awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saifuddin hadiri mesyuarat tergempar mengenai 'Deal of the Century'

Bernama
Bernama
02/02/2020
04:36 MYT
Saifuddin hadiri mesyuarat tergempar mengenai 'Deal of the Century'
Penunjuk perasaan warga Palestin membakar poster dengan wajah Donald Trump menyatakan bantahan terhadap 'Deal of the Century' ketika mengadakan demonstrasi di Semenanjung Gaza, 26 Jun, 2019. REUTERS/Fail
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah akan menghadiri mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Jeddah, Arab Saudi esok, bagi membincangkan pelan damai yang dicadangkan untuk Israel dan Palestin seperti yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump minggu lepas.
Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, Saifuddin akan menyampaikan kenyataan Malaysia dalam mesyuarat tergempar terbuka Jawatankuasa Eksekutif pada peringkat menteri luar OIC itu.
"Penyertaan Malaysia dalam mesyuarat ini adalah bukti komitmen tidak berbelah bahagi negara terhadap perjuangan rakyat Palestin dan menegaskan semula peranan OIC untuk menamatkan pendudukan Israel di wilayah Palestin sejak 1967," menurut kenyataan itu.
Satu 'Communique' Akhir dijangka diterima pakai sebagai hasil daripada mesyuarat itu.
Pada 28 Jan lepas, Trump mengumumkan bahawa sebahagian daripada pelan damai Timur Tengah yang dikenali sebagai 'Deal of the Century', mencakupi pengiktirafan AS terhadap Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dan AS akan mengiktiraf kedaulatan wilayah Israel yang diduduki.
BACA: Pelan Damai Israel-Palestin tidak boleh diterima sama sekali - PMO
BACA: Muslihat menantu Trump
Sementara itu, Malaysia menyeru komuniti antarabangsa agar memberikan komitmen terhadap perjuangan rakyat Palestin dan menghormati kedaulatan negara Palestin mengikut OIC dan Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa, menurut kenyataan itu.
"Malaysia mengulangi pendiriannya bahawa penyelesaian dua negara adalah satu-satunya penyelesaian yang berdaya maju bagi konflik Palestin-Israel, iaitu rakyat Palestin dan Israel hidup bersama dengan aman, berdasarkan sempadan sebelum tahun 1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu kota Palestin," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#'Communique' Akhir
#Arab Saudi
#Baitulmuqaddis
#Deal of the Century
#Donald Trump
#Israel
#Jawatankuasa Eksekutif
#Jeddah
#kenyataan Malaysia
#menteri luar OIC
#Mesyuarat tergempar
#oic
#Palestin
#PBB
#pelan damai
#Saifuddin Abdullah
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan