awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saintis bangunkan kaedah sapuan kulit tanpa suntikan untuk hantar insulin

Amanz
Amanz
15/02/2026
03:55 MYT
Saintis bangunkan kaedah sapuan kulit tanpa suntikan untuk hantar insulin
Kaedah baharu ini bertujuan menawarkan alternatif kepada suntikan insulin yang menjadi keperluan kritikal bagi penghidap diabetes, khususnya diabetes Jenis 1. -Foto Amanz
PASUKAN penyelidik dari Universiti Zhejiang berjaya membangunkan kaedah penghantaran insulin tanpa jarum melalui sapuan kulit menggunakan polimer khas dikenali sebagai OP.
Kaedah baharu ini bertujuan menawarkan alternatif kepada suntikan insulin yang menjadi keperluan kritikal bagi penghidap diabetes, khususnya diabetes Jenis 1.
Polimer OP berfungsi dengan menembusi lapisan kulit melalui perubahan cas yang berlaku secara semula jadi mengikut perbezaan pH antara permukaan dan lapisan kulit yang lebih dalam.
Apabila insulin diikat pada polimer ini, ia mampu meresap ke dalam tubuh tanpa menjejaskan lapisan kulit.
Dalam ujian ke atas tikus dan khinzir, insulin yang dihantar menggunakan polimer OP menunjukkan kesan penurunan paras gula dalam darah yang setanding dengan insulin suntikan.
Penyelidik bagaimanapun menegaskan bahawa ujian klinikal pada manusia masih diperlukan bagi menentukan dos selamat dan mengesahkan keselamatan jangka panjang.
Walaupun kaedah ini menjanjikan pendekatan kurang invasif, penyelidik turut mengingatkan bahawa penghantaran insulin melalui kulit mungkin memerlukan masa lebih lama untuk diserap berbanding suntikan serta perlu disesuaikan untuk mengelakkan risiko dos berlebihan atau tidak mencukupi.
Kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal Nature.
Topic Berkaitan
#suntikan insulin
#diabetes
#kencing manis
#Polimer OP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan