awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes rasuah RM1 juta bina gelanggang skuasy, CEO badan berkanun direman 5 hari
IEA jangka pengeluaran minyak global 2026 merudum 1.54 juta tong sehari - Laporan
14 menara komunikasi pulih sepenuhnya selepas insiden vandalisme di Kuala Pilah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS salah faham corak pemerintahan Iran, strategi 'regime change' gagal - Penganalisis

Asyraf Malik
Asyraf Malik
02/03/2026
15:02 MYT
AS salah faham corak pemerintahan Iran, strategi 'regime change' gagal - Penganalisis
Serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran pada Sabtu lalu mengorbankan ratusan nyawa serta Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei. - Gambar fail/Reuters
Persepsi dunia Barat kononnya pembunuhan pemimpin tertinggi Iran akan mencetuskan kejatuhan segera kerajaan republik Islam itu merupakan satu salah faham besar oleh Amerika Syarikat dan Israel.
Felo Penyelidik, Asia Middle East Center for Research & Dialogue (AMEC), Dr. Ferooze Ali berkata, cubaan mengubah rejim oleh AS bakal menemui jalan buntu kerana mereka gagal memahami konsep sistem syura yang menjadi teras pemerintahan Iran sejak Revolusi 1979.
"Salah satu pandangan negara Barat adalah Ali Khamenei merupakan seorang kuku besi, justeru mereka beranggapan dengan terbunuhnya Pemimpin Agung itu, rakyat Iran boleh mendapat satu manfaat.
"Namun perkara itu tidak terjadi sehingga kini, sangat mengejutkan bagi Israel dan Amerika Syarikat, bertentangan dengan apa mereka bayangkan," katanya semasa program Agenda AWANI, pada Isnin.
Jelas Ferooze, sistem Republik Islam Iran tidak bergantung sepenuhnya kepada seorang individu, sebaliknya berlandaskan struktur syura dan musyawarah yang berlapis dari peringkat akar umbi hingga nasional.
"Pemerintahan Iran meletakkan kepercayaan kepada sistem syura dan musyawarah, bukan kepada kepimpinan itu sendiri.
"Bagi mereka, pemimpin itu hanya wakil daripada Allah untuk mentadbir negara. Sistem syura atau musyawarah akan menentukan pemimpin baharu selepas pemimpin yang sebelumnya," kata Ferooze.
Struktur tersebut termasuk Majlis Pakar (Assembly of Experts), Majlis Syura Islam serta pelbagai institusi revolusi yang berfungsi secara kolektif
Menurut Ferooze, ini sesuatu sukar difahami pemerhati luar yang melihat Iran melalui lensa politik Barat.
Meskipun wujud kelompok rakyat Iran yang mahukan reformasi ekonomi dan keterbukaan politik, mereka tidak semestinya menyokong campur tangan asing.
Usaha kuasa Barat membina naratif bahawa seluruh rakyat Iran menyokong pertukaran rejim merupakan simplifikasi melampau terhadap dinamika dalaman negara itu.
Topic Berkaitan
#Iran
#Amerika Syarikat
#Ali Khamenei
#Pemimpin Agung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan