awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salah guna bantuan, nelayan berdepan tindakan tegas - LKIM

Bernama
Bernama
05/07/2023
20:15 MYT
Salah guna bantuan, nelayan berdepan tindakan tegas - LKIM
Muhammad Faiz berkata, tindakan pembatalan itu akan memberi kesan yang besar kepada nelayan termasuk tidak layak lagi mendapat sebarang bantuan kerajaan. - Foto BERNAMA
TUMPAT: Nelayan yang dikesan menyalahgunakan bantuan yang diberikan kerajaan boleh dikenakan tindakan tegas termasuk pembatalan sebagai ahli persatuan, kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil.
Beliau berkata tindakan pembatalan itu akan memberi kesan yang besar kepada nelayan termasuk tidak layak lagi mendapat sebarang bantuan kerajaan.
"Kita lakukan proses pemutihan untuk memastikan hanya nelayan yang benar-benar layak diberi bantuan. Kita ada persatuan nelayan yang akan memantau perkara ini dan jika ada pelanggaran peraturan atau syarat yang kita tetapkan, tindakan tegas akan diambil," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rahmah Mesra Madani Libat Urus Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Negeri Kelantan di Kompleks Perikanan LKIM Geting, Tumpat di sini pada Rabu.
Pada majlis itu, Muhammad Faiz menyampaikan bantuan di bawah Program Peningkatan Pendapatan Insentif Peralatan Penangkapan Ikan (Touch Point) kepada 50 nelayan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Tumpat.
Seramai 50 nelayan daripada PNK Semerak di Pasir Puteh akan menerima bantuan sama dalam program berasingan membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM100,000.
Dalam pada itu, Faiz berkata setakat ini tiada laporan penyalahgunaan bantuan diterima pihaknya sejak langkah pemutihan dilakukan.
"Saya yakin nelayan yang dipilih menerima bantuan adalah daripada golongan yang benar-benar memerlukan dan memanfaatkan sepenuhnya sumbangan yang diberikan untuk meningkatkan hasil tangkapan," katanya.
Terdahulu, beliau menyempurnakan penyerahan projek naik taraf slipway kepada PNK Tumpat yang melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM741,300 bagi memberi kemudahan kepada nelayan membaiki kerosakan bot.
Pembinaan slipway itu dapat menempatkan tiga bot dalam satu-satu masa dan akan memberi manfaat kepada lebih 170 vesel dan 1,300 nelayan di Tumpat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
#nelayan
#sumbangan
#langkah pemutihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan