awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan hantar jet pejuang ke Arab Saudi di tengah gencatan senjata AS–Iran yang rapuh
Parlimen Iraq pilih ahli politik Kurdistan, Nizar Amedi sebagai Presiden
Penyokong kerajaan adakan perhimpunan di Tehran ketika rundingan damai berlangsung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

“Salah satu rezeki terbesar dalam hidup…” - Afgan kenang momen bersama Vidi Aldiano

Reuters
Reuters
08/03/2026
03:53 MYT
“Salah satu rezeki terbesar dalam hidup…” - Afgan kenang momen bersama Vidi Aldiano
Afgan menyifatkan pemergian sahabatnya itu sebagai sesuatu yang sangat istimewa apabila Vidi dipanggil menghadap Ilahi pada bulan Ramadan. - Gempak
PENYANYI Indonesia, Afgan meluahkan rasa sedih selepas kehilangan sahabat baiknya yang juga penyanyi, Vidi Aldiano.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Afgan berkongsi gambar kenangannya bersama Vidi dan menyifatkan Allahyarham sebagai insan yang sangat baik.
“Vid, salah satu rezeki terbesar dalam hidupku adalah mempunyai kamu sebagai sahabat. Apa yang aku tahu tentang kamu, kamu sentiasa sanggup berusaha lebih untuk orang-orang yang kamu sayangi.
"Kamu telah membawa cahaya kepada begitu banyak kehidupan, termasuk kehidupan aku. Terima kasih kerana menunjukkan kepada kami bagaimana sifat hati yang benar-benar tulus dan baik,” tulisnya.
Afgan turut menyifatkan pemergian sahabatnya itu sebagai sesuatu yang sangat istimewa apabila Vidi dipanggil menghadap Ilahi pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
“Begitu besar hati kamu, sehingga Allah SWT memanggil kamu pulang pada bulan yang paling suci, pada hari tepat Al-Quran diturunkan dan kamu pergi dengan senyuman yang paling besar hari ini. Masya-Allah.
“Saya sangat menyayangi kamu, sahabat. Dan saya sudah merindui kamu sekarang tapi saya yakin, suatu hari nanti kita akan bertemu lagi. Sampai saat itu tiba, jagalah diri kamu di sana. Kami semua akan sentiasa mendoakan kamu,” tulisnya.
Terdahulu, Vidi Aldiano dilaporkan meninggal dunia selepas berjuang melawan penyakit kanser yang dihidapinya sejak enam tahun lalu.
Vidi atau nama sebenarnya Oxavia Aldiano, 35, difahamkan menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 4.33 petang waktu tempatan pada hari ke-17 Ramadan. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Afgan
#Vidi Aldiano
#meninggal dunia
#sahabat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan