awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salahuddin enggan fikir soal pemilihan, tumpu pada PRK Sg Limau

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
24/10/2013
08:06 MYT
Salahuddin enggan fikir soal pemilihan, tumpu pada PRK Sg Limau
Memastikan kemenangan PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau merupakan agenda utama Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub buat masa ini.
Justeru, beliau enggan memikirkan tentang pemilihan pimpinan baharu PAS yang akan diadakan ketika Muktamar Tahunan parti itu pada 22 hingga 24 November depan.
Salahuddin berkata, keputusan untuk bertanding mana-mana jawatan dalam pemilihan PAS akan diputuskan selepas PRK Sungai Limau berakhir.
"Buat masa ini saya hanya akan menumpukan terhadap pilihan raya kecil Sungai Limau kerana kerusi ini merupakan maruah PAS, kami (PAS) perlu pertahankan.
"Keputusan untuk bertanding mana-mana jawatan akan saya buat selepas pilihan raya kecil Sungai Limau selesai, saya akan umumkan nanti," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Salahuddin Ayub merupakan antara lima calon yang diumumkan layak bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan parti itu November depan.
Selain Salahuddin, seorang lagi Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan dan penyadang jawatan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu juga diumumkan layak bertanding jawatan yang sama.
Pada pemilihan yang lalu, Salahuddin mendapat undi tertinggi untuk jawatan Naib Presiden dan ia merupakan penggal kedua beliau memegang jawatan tersebut.
Topic Berkaitan
#PAS
#pemilihan
#salahuddin
#timbalan presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan