awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SAM harap khabar positif daripada Perdana Menteri

Bernama
Bernama
04/06/2020
23:00 MYT
SAM harap khabar positif daripada Perdana Menteri
SAM pernah mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan bantuan khas berupa dana kepada pengamal media di negara ini yang turut terkesan dari segi ekonomi sejak PKP diperkenalkan 18 Mac lalu.
Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) menaruh harapan agar terdapat khabar positif buat pengamal sukan dan industri sukan negara dalam Pelan Pemulihan Ekonomi (ERP) Jangka Pendek yang bakal diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Presidennya, Jasni Shafie dalam kenyataan semalam berkata pelan yang akan dilaksanakan itu diharap dapat memberikan juga tumpuan terhadap usaha membantu memulihkan industri media di negara ini.
Menurut beliau, media termasuk yang terlibat dengan sukan antara yang terjejas ekoran pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.
"SAM sebelum ini pernah mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan bantuan khas berupa dana kepada pengamal media di negara ini yang turut terkesan dari segi ekonomi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan pada 18 Mac lalu.
"Tujuan peruntukan dana yang dicadangkan ini diharap dapat memberi suntikan baharu dan sekali gus menyelamatkan industri media yang dilihat semakin tenat selepas berdepan impak dibawa oleh pandemik COVID-19," katanya.
Beliau berkata sebahagian daripada pengamal media yang bekerja bukan sebagai kakitangan tetap, sebaliknya sebagai 'pemberita sambilan' terkesan, kerana bayaran upah dibayar berdasarkan kerja harian atau tugasan, namun tidak dapat dilaksanakan sepanjang PKP.
Katanya terdapat beberapa negara antaranya Romania menyalurkan peruntukan khas untuk membantu media di negara itu yang terkesan akibat COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#dana
#ekonomi
#ERP
#Jasni Shafie
#kerajaan
#Media
#Muhyiddin Yassin
#pandemik
#pelan pemulihan
#Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek
#pemulihan ekonomi
#penulis sukan
#Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia
#peruntukan khas
#PKP
#Romania
#SAM
#sukan
#wabak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan