awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sambut Syawal di kubur

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
05/06/2019
03:48 MYT
Sambut Syawal di kubur
Simboliknya program ini adalah untuk menggalakkan ziarah kubur. - Astro AWANI/Muhafandi Muhamad
Jawatankuasa Masjid Mahmoodi, Bachok mempunyai pendekatan berbeza dalam meraikan kanak-kanak pada pagi satu Syawal.
Kanak-kanak dan remaja dibawa ke Tanah Perkuburan Pantai Irama, Bachok untuk mendengar tazkirah, melakukan tahlil serta menerima sumbangan duit raya.
Menurut iman Masjid Mahmoodi Bachok, Bahrain Yusoff, program yang sudah masuk tahun ketiga ini mendapat sambutan menggalakkan.
Kanak-kanak dan remaja dibawa ke tanah perkuburan selepas selesai solat sunat Aidilfitri untuk tujuan ziarah kubur dan menerima duit raya.
“Simboliknya untuk menggalakkan ziarah kubur dan duit Raya yang diberikan ini adalah kutipan daripada ibu bapa yang menunaikan solat sunat tarawih di masjid sepanjang bulan Ramadan.
“Matlamat kita adakan program ini adalah untuk membuat mereka faham tentang ziarah kubur,” jelasnya.
Katanya lagi, Syawal kali ini menyaksikan bilangan remaja dan kanak kanak bertambah kepada 230 orang.
Sumbangan duit kepada kanak-kanak ini juga hasil kutipan derma masjid sepanjang bulan Ramadan.
Tazkirah ringkas juga akan disampaikan kepada kanak-kanak terlibat dan juga bacaan tahlil diadakan supaya mereka memahami tujuan ziarah kubur.
Ianya juga sebagai usaha menanam sikap supaya kanak-kanak tidak melupakan sanak saudara termasuk ibu bapa mereka yang telah meninggal dunia.
Topic Berkaitan
#Bahrain Yusoff
#duit raya
#Kanak-kanak
#Masjid Mahmoodi
#remaja
#tahlil
#Tanah Perkuburan Pantai Irama
#tazkirah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan