awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sambutan Krismas di Wilayah Persekutuan dibenarkan

Bernama
Bernama
22/12/2020
05:09 MYT
Sambutan Krismas di Wilayah Persekutuan dibenarkan
Pada Jumaat lepas, MKN bersetuju membenarkan penganut Kristian mengikuti upacara sembahyang pada 24 dan 25 Dis di kawasan PKPP dan PKPB. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Aktiviti di rumah ibadat bukan Islam (RIBI) di Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Krismas dibenarkan mengikut had kehadiran ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional WP Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini memaklumkan kebenaran itu selaras prosedur operasi standard (SOP) dan protokol sambutan perayaan yang dikeluarkan MKN bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan (PKPP) dan PKP Bersyarat (PKPB).
"Upacara sembahyang di rumah ibadat seperti Minor Basilica, Cathedral, Gereja dan Chapel adalah berdasarkan satu pertiga keluasan untuk satu sesi bagi RIBI bersaiz besar atau tidak lebih 30 orang untuk satu sesi bagi RIBI bersaiz kecil," menurut kenyataan itu.
Pada Jumaat lepas, MKN bersetuju membenarkan penganut Kristian mengikuti upacara sembahyang pada 24 dan 25 Dis di kawasan PKPP dan PKPB dengan aktiviti kunjung mengunjung hanya dibenarkan pada hari pertama perayaan.
Bagaimanapun, rumah terbuka dan aktiviti carolling dari rumah ke rumah di kawasan PKPP, PKPB dan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) tidak dibenarkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wilayah Persekutuan
#Krismas
#rumah ibadat
#bukan Islam
#kehadiran
#SOP
#PKPP
#PKPB
#gereja
#Kapasiti
#sembahyang
#penganut Kristian
#rumah terbuka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan