awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar buka ruang bincang dengan pembangkang cari solusi tangani krisis tenaga global
[TERKINI] Agong zahir ucapan takziah atas pemergian Dr Ling Liong Sik
MCA kibar bendera separuh tiang, penghormatan tertinggi pemergian Dr Ling Liong Sik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Samsung lancar Hearapy, aplikasi bantu kurangkan mabuk perjalanan

Astro AWANI
Astro AWANI
02/04/2026
03:18 MYT
Samsung lancar Hearapy, aplikasi bantu kurangkan mabuk perjalanan
Aplikasi tersebut berfungsi dengan memainkan nada gelombang sin 100 Hz yang bertujuan merangsang sistem keseimbangan pada bahagian dalam telinga. -Foto Amanz
Samsung secara rasmi melancarkan aplikasi baharu, Hearapy, yang direka khusus bagi membantu pengguna mengatasi masalah mabuk perjalanan (motion sickness).
Aplikasi tersebut berfungsi dengan memainkan nada gelombang sin 100 Hz yang bertujuan merangsang sistem keseimbangan pada bahagian dalam telinga, lapor Amanz.
Pengguna hanya perlu mendengar nada berkenaan selama 60 saat bagi mendapatkan kesan kelegaan yang mampu bertahan sehingga dua jam.
Pembangunan aplikasi ini adalah berasaskan kajian oleh Universiti Nagoya, Jepun, yang mendapati nada 100 Hz pada tahap 75 hingga 85 desibel (dB) berupaya meningkatkan kestabilan keseimbangan badan buat sementara waktu.
Samsung turut mempromosikan Hearapy bersama produk Galaxy Buds4 Pro yang didakwa mampu menghasilkan frekuensi bunyi tersebut dengan lebih jelas.
Walaupun dipasarkan bersama peranti audio terbaharu mereka, aplikasi Hearapy boleh dimuat turun oleh semua pengguna peranti Android dan berfungsi dengan pelbagai jenis fon telinga lain.
Langkah ini dilihat sebagai usaha Samsung dalam mengintegrasikan solusi kesihatan digital ke dalam ekosistem teknologi mudah alih mereka.
Topic Berkaitan
#Samsung
#Hearapy
#mabuk perjalanan
#motion sickness
#aplikasi kesihatan
#Android
#Galaxy Buds
#teknologi audio
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan