awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SAR pemandu jentera pengorek dihempap bongkah batu diteruskan hari ini

Bernama
Bernama
15/09/2025
05:00 MYT
SAR pemandu jentera pengorek dihempap bongkah batu diteruskan hari ini
Lebih 30 anggota daripada pelbagai agensi antaranya JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan APM terlibat dalam operasi pagi ini. - Gambar fail/PDRM
KUANTAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pemandu jentera pengorek yang dilaporkan tertimbus dalam kejadian runtuhan bongkah batu di tapak kuari di Raub memasuki hari ketiga, dengan kawasan pencarian diperluas.

Ringkasan AI
  • Operasi SAR masuk hari ketiga untuk mencari pemandu jentera pengorek yang tertimbus dalam runtuhan bongkah batu di kuari Raub, dengan kawasan pencarian diperluas.
  • Lebih 30 anggota pelbagai agensi terlibat, termasuk penggunaan anjing pengesan dan peralatan pengesan struktur; cabaran utama ialah batu besar dan tanah tidak stabil.
  • Mangsa Mohammad Fazrul Illahi, 30, dipercayai dihempap selepas melompat keluar dari jentera, manakala tiga pekerja asing cedera dalam kejadian Sabtu lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata operasi SAR bermula kira-kira 7.50 pagi selepas ditangguhkan pada 7 malam semalam.
Beliau berkata operasi hari ini turut melibatkan seekor anjing pengesan, iaitu Denti selain dibantu pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang menggunakan peralatan bagi mengesan pergerakan struktur.
"Cabaran utama pasukan SAR adalah untuk mengalihkan batu-batu besar selain tanah dan batu tidak stabil di kawasan itu, meningkatkan risiko runtuhan semasa operasi," katanya ketika dihubungi Bernama.
Lebih 30 anggota daripada pelbagai agensi antaranya JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan APM terlibat dalam operasi pagi ini.
Dalam kejadian 12.50 tengah hari Sabtu lepas, Mohammad Fazrul Illahi Ab Rahman, 30, dilaporkan dihempap runtuhan bongkah batu ketika sedang mengendalikan jentera pengorek.
Mangsa dipercayai sempat melompat keluar daripada jentera sebelum dihempap, manakala tiga pekerja warga asing turut dilaporkan cedera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#operasi mencari dan menyelamat
#pemandu jentera pengorek
#tertimbus di kuari
#JBPM Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan