awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak cadang kurangkan kadar cukai pintu

Bernama
Bernama
17/01/2016
09:26 MYT
Sarawak cadang kurangkan kadar cukai pintu
ADENAN: Rancangan itu bergantung kepada peruntukan daripada kerajaan pusat kepada pihak berkuasa tempatan di negeri ini. - Gambar fail
Kerajaan negeri Sarawak sedang merancang untuk mengurangkan kadar cukai pintu di seluruh negeri ini, kata Ketua Menterinya Tan Sri Adenan Satem.
Bagaimanapun, beliau berkata rancangan itu bergantung kepada peruntukan daripada kerajaan pusat kepada pihak berkuasa tempatan di negeri ini.
“Saya akan minta supaya kerajaan pusat menambah peruntukan kepada pihak berkuasa tempatan tetapi dengan kejatuhan harga minyak ketika ini menyebabkan pendapatan negara dan negeri turut merosot.
“Oleh sebab itu, buat masa ini saya tidak mahu menekan kerajaan pusat untuk memberi peruntukan yang lebih banyak.
“Bagaimanapun, apabila harga minyak kembali pulih barulah saya akan meminta peruntukan tambahan untuk tujuan itu daripada kerajaan pusat,” katanya ketika menyempurnakan majlis perasmian Agenda Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di sini hari ini.
Adenan berkata kerajaan pusat perlu menambah peruntukan pembangunan kepada negeri Sarawak memandangkan masih banyak pembangunan yang harus dilaksanakan di negeri ini.
“Dalam soal pembangunan, kerajaan pusat harus memahami keperluan kita yang masih jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri di Semenanjung Malaysia,” kata beliau.
Katanya, dalam pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Rabu ini, mereka berdua akan turut membincangkan perkara tersebut selain hal-hal berkaitan penurunan kuasa negeri Sarawak oleh kerajaan persekutuan.
Sementara itu, Adenan berkata kerajaan persekutuan bersetuju dalam tempoh tiga tahun lagi 90 peratus tenaga guru di sekolah-sekolah di negeri ini akan terdiri daripada rakyat Sarawak.
Di samping itu, katanya, kerajaan persekutuan juga bersetuju tidak akan mengeluarkan sebarang lesen penangkapan ikan laut dalam di perairan Sarawak tanpa persetujuan kerajaan negeri.
Sementara itu, Adenan turut mengumumkan rancangan jangka panjang untuk membangunkan taman burung di Bukit Siol serta menyatakan sokongan terhadap cadangan DBKU untuk membangunkan Taman Muzium Sarawak dan Taman Budaya di sini sebagai Taman Perpaduan sejajar dengan pengisytiharan Bandaraya Kuching sebagai Bandaraya Perpaduan tahun lepas.
Katanya, kerajaan negeri akan terus menyokong usaha-usaha DBKU menjadikan Bandaraya Kuching sebuah bandar yang maju, aman dan bersih.
Topic Berkaitan
#cukai pintu
#Sarawak
#Tan Sri Adenan Satem
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan