awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak catat pertambahan dua kes positif COVID-19

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
27/09/2020
08:37 MYT
Sarawak catat pertambahan dua kes positif COVID-19
Siasatan lanjut masih dijalankan untuk menentukan adakah kebarangkalian wujud sebuah kluster COVID-19 yang baharu dalam kalangan mereka. - Foto: Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Dua lagi kes positif COVID-19 direkodkan di negeri Sarawak menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri itu meningkat kepada 706 kes setakat ini.
Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Ahad, kedua-dua kes dikesan di Lawas.
Kedua-dua kes merupakan lelaki warga tempatan yang bertugas sebagai petugas barisan hadapan di Pos Kawalan Sempadan Sarawak – Sabah di Merapok, Lawas.
“Mereka telah menjalani ujian saringan pada 20 September 2020 kerana disyaki mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 semasa bertugas di pos sempadan tersebut.
“Sampel saringan telah dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu, Sabah dan ujian rT-PCR pada 26 September 2020 mendapati sampel saringan mereka adalah positif,” kata kenyataan itu.
Salah seorang daripada mereka dilaporkan menunjukkan simptom COVID-19 pada 7 September 2020 manakala seorang lagi kes tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala.
Kedua-dua kes telah dirujuk ke Hospital Miri pada hari ini untuk rawatan lanjut dan siasatan awal menunjukkan kedua-dua kes tidak mempunyai sejarah perjalanan keluar negara atau melawat kawasan berstatus merah di Sabah.
BACA: Sarawak catat satu kes positif COVID-19 di Lawas
“Punca jangkitan masih dalam siasatan lanjut dan hasil siasatan awal menjurus kepada berkemungkinan telah mendapat jangkitan semasa menjalankan tugas di pos sempadan.
“Selain bekerja di tempat sama, penemuan siasatan awal juga mendapati kedua-dua kes ini tidak mempunyai hubung kait yang sama,” tambah kenyataan sama.
Justeru, siasatan lanjut masih dijalankan untuk menentukan adakah kebarangkalian wujud sebuah kluster COVID-19 yang baharu dalam kalangan mereka.
Pengesanan kontak rapat kepada kes ini juga sedang giat dijalankan termasuk kontak keluarga, tempat kerja dan kontak sosial.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Sarawak
#Sabah
#Lawas
#JPBN Sarawak
#Merapok
#Kota Kinabalu
#Hospital Miri
#Kluster baharu
#Pos Kawalan Sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan