awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak catat pertambahan dua kes positif COVID-19 di Limbang

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
30/11/2020
09:44 MYT
Sarawak catat pertambahan dua kes positif COVID-19 di Limbang
Dua kes yang ditempatkan di Hospital Umum Sarawak (HUS) dilaporkan pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih dan discaj kepada 1,022 atau 96.05 peratus. FOTO: Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Selepas tiga hari tanpa kes, Sarawak hari ini kembali melaporkan pertambahan dua kes positif COVID-19 di Limbang.
Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Isnin, kedua-dua kes melibatkan warga tempatan yang tiba dari Labuan.
“Mereka merupakan pelajar yang menuntut di Kolej Matrikulasi Labuan dan dibenarkan pulang setelah kolej matrikulasi tersebut diarahkan tutup.
“Ujian saringan pada 23 November 2020 mendapati mereka positif COVID-19 dan dikategorikan sebagai kes import B kerana mendapat jangkitan semasa berada di Labuan,” kata kenyataan itu.
Justeru pengesanan kontak rapat sedang dijalankan.
Selain itu, dua kes dari Hospital Umum Sarawak (HUS) dilaporkan pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih dan discaj kepada 1022 atau 96.05 peratus.
Antara lain enam kluster di Kuching dilaporkan kekal aktif melibatkan Kluster Abell, Kluster Seladah, Kluster Greenhill, Kluster Baki, Klsuter Besi dan Kluster Wisma Saberkas.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif di Sarawak
#kluster aktif di Sarawak
#laporan JPBN Sarawak
#kes COVID-19 di Limbang
#kes imposrt B di Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan