awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak catat tiga daerah terbaharu zon hijau COVID-19

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
08/06/2020
06:35 MYT
Sarawak catat tiga daerah terbaharu zon hijau COVID-19
Ketiga-tiga daerah tersebut berjaya untuk tidak mencatatkan sebarang kes positif COVID-19 dalam tempoh 14 hari. FOTO: Astro AWANI
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengumumkan tiga daerah telah bertukar status daripada Zon Kuning kepada Zon Hijau COVID-19.
Ketiga-tiga daerah tersebut berjaya untuk tidak mencatatkan sebarang kes positif COVID-19 dalam tempoh 14 hari.
Tiga daerah tersebut adalah Tanjung Manis, Bintulu dan Serian.
Menurut JPBN Sarawak menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, jumlah daerah Kuning setakat hari ini adalah tiga manakala 37 daerah berstatus Hijau.
Selain itu, JPBN Sarawak turut mengumumkan bahawa negeri Bumi Kenyalang hari ini tidak mencatatkan sebarang kes positif COVID-19 menjadikan jumlah kes positif di negeri itu kekal dengan 555 kes.
Manakala terdapat 11 kes Person Under Investigation (PUI) turut dilaporkan dan sembilan kes masih menunggu keputusan ujian makmal.
Ini menjadikan jumlah kawasan zon hijau di Sarawak setakat ini kepada 37 daerah.
Ini menjadikan jumlah kawasan zon hijau di Sarawak setakat ini kepada 37 daerah.
Topic Berkaitan
#AWANI Sarawak
#Bintulu
#COVID-19
#JPBNS
#Sarawak
#Serian
#tanjung manis
#zon hijau
#zon kuning
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan