awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak dapat kebenaran beli 1 juta dos vaksin Sinovac - Abang Johari

Astro Awani
Astro Awani
19/05/2021
08:32 MYT
Sarawak dapat kebenaran beli 1 juta dos vaksin Sinovac - Abang Johari
Abang Johari berkata, sebagai permulaan, kerajaan negeri akan membeli 500,000 dos vaksin jenis Sinovac untuk fasa pertama.
BINTULU: Sarawak menerima kebenaran Kerajaan Pusat untuk membeli vaksin COVID-19 sendiri dalam usaha mempercepatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di negeri itu.
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kebenaran itu dinyatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan bersamanya pada dua minggu lalu.
Jelas Abang Johari, sebagai permulaan, kerajaan negeri akan membeli 500,000 dos vaksin jenis Sinovac untuk fasa pertama manakala 500,000 dos lagi untuk fasa kedua.
"Saya telah berjumpa dengan Perdana Menteri (Muhyiddin) dua minggu lepas untuk meminta kebenaran Sarawak membeli vaksin. Beliau membenarkan kita membeli vaksin sendiri," katanya pada sidang media taklimat khas COVID-19 di Bintulu pada Rabu.
Selain itu, Abang Johari memaklumkan bahawa Kerajaan Pusat turut membenarkan Sarawak untuk menggunakan perkhidmatan hospital swasta di negeri itu sebagai pusat pemberian vaksin.
Bagaimanapun, tegas beliau, hanya hospital swasta yang digazetkan untuk menawarkan perkhidmatan suntikan vaksin.
"Satu perkara yang dibenarkan oleh Perdana Menteri ialah untuk kita melihat hospital swasta yang digazetkan.
"Malah fokus juga kepada kawasan luar bandar bagi memastikan mereka ada akses untuk menerima vaksin," katanya.
Topic Berkaitan
#vaksin
#program vaksinasi
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#Sarawak beli vaksin
#Vaksin Sinovac
#Abang Johari Tun Openg
#kebenaran beli vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan