awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi

Bernama
Bernama
14/05/2024
20:45 MYT
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Setakat tahun lepas, pengeluaran padi Sarawak berjumlah kira-kira 118,000 tan metrik atau 32 peratus SSL. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUCHING: Sarawak memerlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi yang mampu mengeluarkan sejumlah 392,000 tan metrik padi bagi mencapai tahap sara diri (SSL) 100 peratus.
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata pihaknya telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
Beliau berkata kawasan itu akan dilengkapi infrastruktur tertier dan menumpukan kepada penanaman varieti padi berhasil tinggi.
"Bagi meningkatkan pengeluaran padi, kerajaan juga perlu memulihkan dan menaik taraf beberapa skim Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedia ada di seluruh Sarawak," katanya ketika menggulung perbahasan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Selasa.
Dr Rundi berkata setakat tahun lepas, pengeluaran padi Sarawak berjumlah kira-kira 118,000 tan metrik atau 32 peratus SSL.
Beliau berkata bagi mencapai SSL 60 peratus, sejumlah RM1.2 bilion diperlukan untuk mewujudkan dan menaik taraf infrastruktur padi meliputi 4,500 hektar kawasan baharu dan 8,800 hektar skim JPS sedia ada.
"Bagaimanapun untuk mencapai 100 peratus SSL, sebanyak 17,500 hektar kawasan baharu dan 8,800 hektar skim JPS sedia ada diperlukan dengan anggaran kos RM4.68 bilion," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#kawasan baharu
#sawah padi
#Stephen Rundi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan