awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak tidak benarkan artis antarabangsa yang bertentangan dengan pendirian Malaysia beraksi

Bernama
Bernama
25/07/2023
15:30 MYT
Sarawak tidak benarkan artis antarabangsa yang bertentangan dengan pendirian Malaysia beraksi
ADBUL KARIM: Jika anda mempunyai sikap sebegini (menentang dasar negara), jangan jejakkan kaki ke Sarawak," kata beliau dalam satu sidang media di sini hari ini. - Gambar fail
KUCHING: Sarawak menolak kemasukan artis antarabangsa yang mengkritik pendirian Kerajaan Persekutuan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata tidak mengira sama ada artis yang dimaksudkan itu popular di peringkat antarabangsa, Kerajaan Sarawak tetap menyokong keputusan Kerajaan Malaysia untuk mengharamkan mereka yang menentang dasar negara.
"Jika anda mempunyai sikap sebegini (menentang dasar negara), jangan jejakkan kaki ke Sarawak," kata beliau dalam satu sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata demikian semasa mengulas tindakan penyanyi sebuah kumpulan muzik British, The 1975 Matt Healy yang dilaporkan mengkritik pendirian Kerajaan Malaysia terhadap isu LGBT ketika membuat persembahan di Festival Good Vibes 2023 di Litar Antarabangsa Sepang, Sabtu lepas.
Menurut beliau, Sarawak sejak beberapa tahun lalu telah menjemput banyak artis antarabangsa untuk membuat persembahan dalam beberapa acara muzik di dalam negeri ini tetapi mereka terlebih dahulu diberitahu mengenai had di dalam persembahan mereka.
"Kami juga memberitahu mereka secara baik-baik bahawa kami tidak terlalu tegas di dalam soal pakaian ,,, selagi kamu masih berpakaian di atas pentas," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#artis antarabangsa
#golongan LGBT
#Abdul Karim Rahman Hamzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan