awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saringan kesihatan dijalankan di pintu masuk Johor untuk elak Ebola

Bernama
Bernama
16/11/2014
06:20 MYT
Saringan kesihatan dijalankan di pintu masuk Johor untuk elak Ebola
Penggunaan peralatan pengimbas haba bagi mengesan gejala demam telah dipasang di pintu masuk antarabangsa - Ayub Rahmat
Saringan kesihatan ke atas pengembara tetap dijalankan di pintu masuk antarabangsa di Johor walaupun negeri itu tiada penerbangan terus dari negara dijangkiti wabak virus Ebola (EVD).
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Datuk Ayub Rahmat berkata, saringan kesihatan dilakukan khusus kepada mereka yang mempunyai tanda-tanda dan gejala demam serta mempunyai sejarah perjalanan dari negara berisiko EVD dalam tempoh 21 hari.
"Penggunaan peralatan pengimbas haba bagi mengesan gejala demam telah dipasang di pintu masuk antarabangsa," katanya ketika menjawab soalan lisan Datuk Adam Sumiru (BN-Tanjung Puteri) mengenai tindakan kawalan Ebola di Johor pada Mesyuarat Kedua (Bajet 2015) bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor ke-13 di Kota Iskandar di sini Ahad.
Katanya, Jabatan Kesihatan negeri mengambil kesempatan daripada penerbangan pulang jemaah haji tahun ini untuk memperbaiki tindakan-tindakan kawalan di pintu masuk ke Johor.
Ayub berkata, anggota kesihatan dan perubatan dalam menguruskan kes yang disyaki dijangkiti EVD turut dilatih.
Katanya, beberapa siri latihan dan simulasi telah dijalankan oleh jabatan itu untuk kakitangan terutama petugas barisan hadapan termasuk petugas hospital swasta.
"Hospital-hospital tertentu telah dikenal pasti untuk mengendalikan atau menjalankan rawatan ke atas pesakit yang disyaki dijangkiti EVD," katanya.
Jabatan Kesihatan juga membekalkan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) kepada semua anggota kesihatan dan perubatan yang terlibat mengendalikan kes disyaki dijangkiti EVD di mana beberapa siri latihan pemakaian PPE telah dibuat.
"Taklimat EVD peringkat negeri telah dijalankan pada 30 Okt lepas melibatkan pelbagai agensi seperti Lembaga Tabung Haji, Jabatan Imigresen, institut pengajian tinggi awam dan swasta serta lain-lain," katanya.
Topic Berkaitan
#Ayub Rahmat
#Ebola
#Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan