awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sasaran 15 peratus pelajar jadi usahawan semasa dalam pengajian menjelang 2020 - KPT

Bernama
Bernama
01/05/2017
23:45 MYT
Sasaran 15 peratus pelajar jadi usahawan semasa dalam pengajian menjelang 2020 - KPT
Datuk Dr Mary Yap Kain Ching berkata lebih 60 peratus pelajar terlibat aktif dalam program dan aktiviti keusahawanan di institut pengajian tinggi (IPT) pada 2016.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyasarkan 15 peratus pelajar menjadi usahawan ketika dalam pengajian menjelang 2020, dan lima peratus daripadanya menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan apabila tamat pengajian kelak.
Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Dr Mary Yap Kain Ching berkata lebih 60 peratus pelajar terlibat aktif dalam program dan aktiviti keusahawanan di institut pengajian tinggi (IPT) pada 2016 dan tiga peratus daripadanya telah menjadi usahawan semasa masih dalam pengajian.
"Kita merujuk kepada rangka kerja yang kita mahu pelajar kita bukan menjadi pencari kerja tetapi mereka perlu menjadi pencipta kerja," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan "Siswapreneur Showcase 2017" di sini pada Isnin.
Beliau menarik perhatian bahawa program-program keusahawanan yang dilaksanakan IPT di bawah Pelan Tindakan Keusahawanan IPT 2016-2020 adalah berkonsepkan ''Learn and Earn'' dengan peluang menjana pendapatan sendiri semasa dalam pengajian melalui pelaksanaan projek keusahawanan dan aktiviti perniagaan.
Program Siswapreneur Showcase yang julung kali diadakan itu ialah antara inisiatif KPT bertujuan memberi pendedahan sebenar tentang dunia keusahawanan supaya pelajar lebih bersedia untuk mempraktikkan ilmu dan kemahiran apabila terlibat secara serius dalam bidang ini.
Program itu melibatkan lebih 50 usahawan pelajar daripada beberapa IPT seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Kolej Komuniti Tanjung Karang.
Siswapreneur Showcase akan dianjurkan dalam beberapa siri dan program seterusnya dijangka diadakan pada Jun ini di Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#Petaling Jaya
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan