awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
TikTok diminta matikan ciri skrol infiniti didakwa punca 'ketagihan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu bayi, satu pokok akan dilaksana di Pahang

Bernama
Bernama
30/03/2022
06:10 MYT
Satu bayi, satu pokok akan dilaksana di Pahang
Pokok ini juga akan ditanda (tagging) dengan nama bayi-bayi itu sebagai simbolik kelahiran mereka. - Gambar hiasan
KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang bercadang untuk mengadakan program menanam satu pokok untuk setiap kelahiran bayi, dengan beberapa lokasi yang sesuai di setiap daerah akan dipilih untuk dijadikan kawasan tanaman.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Pahang untuk melaksanakan inisiatif itu yang dijangka dilancarkan selepas hari raya.
"Kita rancang untuk lancarkan di Pantai Serandu, Pekan selain itu Jabatan Perhutanan juga akan kenal pasti pokok bersesuaian untuk ditanam di setiap lokasi.
"Pokok ini juga akan ditanda (tagging) dengan nama bayi-bayi itu sebagai simbolik kelahiran mereka. Malah, kita harap lokasi penanaman pokok ini akan menjadi tumpuan pelancongan kelak," katanya.
Beliau memaklumkan cadangan itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini semasa menjawab soalan Datin Samsiah Arshad (BN-Bukit Ibam) yang ingin tahu jumlah permohonan Pahang Pride Kid.
Menjawab soalan asal Samsiah, beliau berkata hanya 1,600 daripada lebih 3,000 pemohonan layak menerima pemberian berjumlah RM200 untuk setiap kelahiran setakat hari ini, yang mana RM100 dalam bentuk simpanan manakala RM100 lagi barangan penjagaan bayi dan ibu.
Mengulas mengenai punca permohonan ditolak ketika menjawab soalan tambahan Datuk Khairuddin Mahmud (BN-Pulau Manis), beliau berkata antaranya kerana ibu yang berasal dari Pahang telah melahirkan bayi mereka di luar daripada negeri ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata kerajaan negeri belum bercadang untuk memansuhkan caj perkhidmatan RM1 bagi bayaran bil air menerusi aplikasi Pahang Go.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Leong Yu Man (PH-Triang) yang ingin tahu perancangan kerajaan untuk memansuhkan caj perkhidmatan bayaran bil air Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) menerusi aplikasi Pahang Go.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kelahiran bayi
#tanam pokok
#Pahang
#Jabatan Perhutanan Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan