awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya masih yakin kepimpinan Khaled Nordin' - Sultan Johor

Astro Awani
Astro Awani
14/04/2016
08:55 MYT
'Saya masih yakin kepimpinan Khaled Nordin' - Sultan Johor
Pendirian Sultan Johor dilihat signifikan ketika terdapat khabar angin dan cakap-cakap politik bahawa wujudnya gerakan menggulingkan Menteri Besar. - Gambar fail
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, menegaskan pendirian tetap dalam memberi kepercayaan penuh terhadap Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Baginda berharap supaya tiada pihak yang cuba mengganggu-gugat kestabilan kerajaan negeri.
"Saya masih percaya dengan menteri besar sekarang dan yakin dengan barisan kepimpinan kerajaan negeri yang ada.
"Saya berharap tidak ada ahli dewan di dalam ini yang menjadi musuh di dalam selimut yang cuba mengganggu kestabilan politik yang tegap kukuh di negeri Johor ini," titah baginda semasa merasmikan pembukaan Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Johor ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim di sini, hari ini.
Pendirian baginda dilihat signifikan ketika terdapat khabar angin dan cakap-cakap politik bahawa wujudnya gerakan menggulingkan Menteri Besar.
"Janganlah ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menangguk di air keruh dengan membuat cerita dan fitnah terhadap barisan pimpinan kerajaan negeri sedia ada," tegasnya.
Baginda turut berterima kasih kepada kerajaan negeri pimpinan Mohamed Khaled kerana berjaya melonjakkan nama Johor bukan sahaja di persada tanah air malah di pentas Asia.
Sultan Ibrahim turut berbangga dengan pencapaian negeri yang mencatatkan nilai pelaburan tertinggi di Malaysia dalam bidang pembuatan untuk tiga tahun berturut-turut.
Selain itu, Johor juga berjaya mencatatkan lebihan hasil terkumpul yang mencecah RM1 bilion.
Topic Berkaitan
#Mesteri Besara
#Mohamed Khaled Nordin
#politik Johor
#Sultan Ibrahim Sulatn Iskandar
#Sultan Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan