awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya nampak perubahan, Daniel dilihat sudah insaf'

Sinar Harian
Sinar Harian
29/01/2022
01:25 MYT
'Saya nampak perubahan, Daniel dilihat sudah insaf'
ROSLI: Saya terima ketentuan Ilahi dan mengakui mungkin ada hikmah di sebalik segala ujian saya hadapi malah sudah memaafkan Daniel. -Foto Sinar Harian
SUNGAI BULOH: Remaja yang mendapat perhatian masyarakat selepas dimandikan seperti jenazah, Daniel Iskandar Mohd Nasir,19, mula menunjukkan perubahan tingkah laku ke arah positif.
Datuknya, Rosli Sidek, 65, berkata, bagaimanapun dia tidak pasti sama ada cucunya itu benar-benar insaf.
"Saya nampak perubahan, dia dilihat cukup insaf, cuma dari segi dalamannya saya tidak pasti. Namun pergerakannya masih dikawal oleh pihak berkaitan.
"Dia istimewa kerana dapat pembelaan. Mungkin berkat daripada ALLAH," katanya ketika ditemui selepas perbincangan damai antara keluarga Daniel Iskandar dan ahli jawatankuasa (AJK) Masjid Al-Islahiah di Kuang, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Rosli berkata, dia tetap bersabar dengan pelbagai dugaan yang menimpanya sejak tahun lalu termasuk kejadian melibatkan Daniel Iskandar.
"Saya terima ketentuan Ilahi dan mengakui mungkin ada hikmah di sebalik segala ujian saya hadapi malah sudah memaafkan Daniel.
"Dari tahun lepas saya menerima musibah. Pertamanya abang ipar meninggal dunia di rumah saya, seminggu kemudian saya kematian isteri dan selang dua minggu, Daniel pula didakwa terlibat kes curi tabung masjid.
"Hampir gila dibuatnya, namun saya perlu tabah dan percaya semua dugaan dihadapi ini, pasti ada hikmah.
"Sebelum ini Daniel ada beritahu, dia minta maaf di atas segala perilakunya. Saya sudah maafkan dia," ujar warga emas itu.
Pada Jumaat, keluarga Daniel Iskandar dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Al-Islahiah, Kuang mencapai kata sepakat untuk tidak mengungkit kes remaja berkenaan.
Pengerusi Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, persetujuan tersebut dicapai menerusi rundingan damai di Masjid Islahiah, Kuang pada Jumaat yang turut dihadiri wakil keluarga Daniel Iskandar, AJK masjid dan peguam.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Daniel Iskandar Mohd Nasir
#remaja dimandikan seperti jenazah
#Rosli Sidek
#daniel dilihat sudah insaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan