awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya pun nak dengar debat Najib - Anwar'

Sinar Harian
Sinar Harian
11/05/2022
06:29 MYT
'Saya pun nak dengar debat Najib - Anwar'
Datuk Seri Mohamad Hasan tidak mahu ketinggalan menonton Program Debat Perdana antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal berlangsung esok. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak mahu ketinggalan menonton Program Debat Perdana antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal berlangsung esok.
Beliau menyifatkan, kedua-dua pemimpin itu mempunyai idea dan hujah sendiri.
"Saya pun nak dengar (debat antara Najib dan Anwar)," katanya pada sidang media selepas merasmikan Wacana Aspirasi UMNO bertajuk ‘Menggalas Perjuangan, Mendepani Cabaran’ di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika memberi reaksi terhadap soalan media yang meminta sekiranya beliau mempunyai sebarang nasihat sempena program debat tersebut.
Bagaimanapun, beliau menyifatkan tiada keperluan untuk beliau memberikan sebarang nasihat.
"Saya tak boleh nak nasihat mereka, lantak merekalah. Dia (Najib dan Anwar) nak cakap, biarlah dia cakap.
"Masing-masing ada idea... ada 'point'... saya nak nasihat Datuk Seri Najib, Datuk Seri Anwar dan saya siapa?" katanya.
Program Debat Perdana tersebut akan berlangsung di Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC) pada jam 9 malam dan akan disiarkan secara langsung oleh media rasmi melalui saluran TV dan media sosial.
Media sebelum ini melaporkan kedua-dua pemimpin itu saling mencabar antara satu sama lain untuk merungkai mengenai isu Sapura Energy Berhad (SEB) yang merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Topic Berkaitan
#Debat Perdana
#Najib Razak
#Anwar Ibrahim
#Mohamad Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan