awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Suspek serangan sekolah Thailand ditembak mati selepas bunuh pengetua dan tawan murid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya tak buat laporan atas dasar simpati'

Sinar Harian
Sinar Harian
29/10/2021
01:48 MYT
'Saya tak buat laporan atas dasar simpati'
Anggota polis trafik tidak buat laporan atas dasar simpati berkenaan insiden yang berlaku. - Foto Sinar Harian
SUBANG JAYA: Seorang anggota polis trafik tidak membuat laporan atas dasar simpati terhadap seorang penunggang motosikal yang melanggarnya di susur Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) menghala ke Persiaran Kewajipan di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, dalam kejadian pada jam 7.20 pagi, seorang anggota trafik sedang menjalankan tugas di lokasi telah dilanggar oleh penunggang motosikal jenis Yamaha Y15 yang hendak memasuki susur tersebut.
"Kedua-dua individu itu tidak mengalami kecederaan dan tiada kerosakan pada kenderaan.
"Atas dasar simpati kepada penunggang motosikal tersebut dalam situasi yang dihadapi, maka anggota trafik terbabit tidak membuat sebarang laporan polis terhadap insiden yang berlaku sebaliknya meneruskan tugas di lokasi kejadian," katanya melalui kenyataan pada Khamis.
Abd Khalid berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan masyarakat terhadap kejadian yang menimpa anggota polis terlibat.
"Semoga hubungan ini mencerminkan silaturahim yang erat antara polis dan masyarakat, sekali gus mewujudkan persekitaran selamat," katanya.
Pada Khamis sebuah video tular berdurasi 28 saat memaparkan insiden melibatkan seorang anggota trafik dilanggar oleh penunggang sebuah motosikal.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#anggota polis
#langgar
#motosikal
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan