awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
Bekas setiausaha politik bekas KM Melaka, isteri ditahan terima rasuah RM3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya tak pernah sebut projek, saya kata pembangunan - Guan Eng

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
18/01/2019
06:59 MYT
Saya tak pernah sebut projek, saya kata pembangunan - Guan Eng
GUAN ENG: Saya tak pernah cakap pasal sebarang projek atau projek tertentu. -Gambar fail
Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyelar laporan sesetengah media yang kononnya kerajaan akan mewujudkan lebih banyak projek jika calon Pakatan Harapan menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.
Jelas Guan Eng, apa yang dimaksudkan adalah lebih banyak pembangunan di kawasan itu mampu dilakukan sekiranya PH dapat bersama-sama dengan kerajaan negeri Pahang.
"Saya tak pernah cakap pasal sebarang projek atau projek tertentu. Saya rasa sesetengah akhbar menulis bahawa saya telah sebut 'projek'.
“Apa yang saya kata ialah kita mesti mempunyai kerjasama daripada dua kerajaan untuk membangunkan Cameron Highlands. Satu adalah kerajaan negeri dan satu lagi kerajaan pusat," katanya kepada media di Putrajaya.
Tambahnya, proses pembangunan di Cameron Highlands akan terbantut ekoran hutang negeri yang tinggi.
"Sekiranya kita hanya bergantung kepada kerajaan negeri, ia mungkin akan membantutkan proses pembangunan kerana Pahang merupakan negeri yang paling tinggi hutang dalam negara ini.
"Mereka berhutang RM3.1 bilion. Adakah mereka mampu membuat pembangunan seperti yang mereka janjikan?" kata Guan Eng.
Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) pada Rabu menggesa Guan Eng menjelaskan kenyataannya yang didakwa menggesa pengundi di sini untuk mengundi Pakatan Harapan jika mahu melihat pembangunan.
Badan pemantau itu mendakwa kenyataan Lim umpama diskriminasi terhadap kawasan yang diperintah pihak pembangkang.
Topic Berkaitan
#calon
#Cameron Highlands
#kerajaan
#Media
#menteri
#Pahang
#Pakatan Harapan
#Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan