awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh ketika pakai kasut di depan surau sekolah
Polis kesan pemandu langgar anggota trafik hingga cedera
KPDN perjelas isu pam diesel 'angin' susulan video tular
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya tetap bersuara demi kepentingan rakyat - Gobind

Bernama
Bernama
21/11/2018
12:49 MYT
Saya tetap bersuara demi kepentingan rakyat - Gobind
GOBIND: Saya tidak akan berhenti melakukan tugas sebagai menteri. - Bernama
Gobind Singh Deo menegaskan bahawa beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia berikutan gesaan yang dibuat menerusi satu petisyen dalam talian.
Katanya, beliau mengambil maklum perkara itu, namun menegaskan menjadi tanggungjawabnya menyelesaikan sebarang aduan termasuk rungutan orang ramai mengenai perkhidmatan jalur lebar yang disediakan Telekom Malaysia (TM).
"Saya tidak akan berhenti bercakap untuk rakyat negara ini... saya tidak akan berhenti melakukan tugas sebagai menteri.
"Kewajipan saya adalah untuk menyoal dan cuba memperbaiki isu yang timbul serta mencari penyelesaian dalam isu ini (TM), Inilah yang kita cuba lakukan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Gobind berkata demikian sebagai respons terhadap petisyen dalam talian yang dilaporkan menuntut beliau meletak jawatan berhubung dakwaan berat sebelah terhadap TM serta kecaman terhadap yuran langganan dan rasa tidak puas hati pelanggan terhadap perkhidmatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gobind Singh Deo
#letak jawatan
#Menteri Komunikasi dan Multimedia
#petisyen
#tekanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan