awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi pemesejan XChat diperkenal, saingi WhatsApp dan Telegram
Tentera Darat AS perkenal inisiatif AI bantu anggota ketika operasi di lapangan
Liga Super: Pengadil tiup wisel awal, barisan kejurulatihan Selangor minta penjelasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Schumer tuduh Trump ‘berbohong’ mengenai kematian pelajar perempuan Iran

Astro AWANI
Astro AWANI
10/03/2026
22:22 MYT
Schumer tuduh Trump ‘berbohong’ mengenai kematian pelajar perempuan Iran
Pengeboman sekolah perempuan itu merupakan insiden tunggal paling mengorbankan nyawa sejak perang bermula. - Foto fail/REUTERS
Ketua Minoriti Senat Amerika Syarikat (AS), Chuck Schumer, menuduh Presiden Donald Trump berbohong mengenai insiden pengeboman sebuah sekolah perempuan di Iran yang meragut lebih 160 nyawa pada 28 Februari, hari pertama operasi ketenteraan AS-Israel terhadap Iran.
Schumer berkata Trump sengaja mengaitkan Iran dengan serangan itu tanpa sebarang bukti.
Laporan awal, termasuk analisis imejan satelit dan penilaian pakar, menunjukkan bahawa letupan yang memusnahkan sekolah Shajarah Tayyebeh di Minab, wilayah Hormozgan, berkemungkinan besar berpunca daripada peluru berpandu Tomahawk buatan AS, yang dilancarkan ketika serangan ke atas pangkalan IRGC berhampiran sekolah itu.
Sumber Pentagon dan laporan bebas turut menyatakan bahawa serangan tersebut “mungkin” dilakukan oleh AS, meskipun siasatan rasmi masih berjalan.
Walaupun penemuan awal menunjukkan kemungkinan besar serangan itu dilakukan oleh tentera AS, Trump tetap menyalahkan Iran, mendakwa negara itu sendiri mengebom sekolah tersebut kerana “amunisi mereka tidak tepat”.
Dakwaan ini bercanggah dengan kenyataan pegawai kanan Pentagon yang mengesahkan bahawa siasatan masih berlangsung dan tiada bukti mengaitkan Iran dengan insiden tersebut.
Dalam kenyataannya di platform X, Schumer menulis bahawa “Donald Trump berbohong”, sambil menegaskan tiada seorang pun pegawai pentadbiran, termasuk Setiausaha Pertahanan Pete Hegseth, mendakwa bahawa Iran menggunakan Tomahawk dalam serangan tersebut.
Beliau menyifatkan dakwaan Trump sebagai tidak masuk akal dan memalukan, serta menuntut satu siasatan bebas dan telus bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.
Donald Trump lied.No other leader in the Administration—not even Pete Hegseth—is claiming Iranian tomahawk missiles were responsible for the bombing that killed 170 people at an Iranian all-girls’ school.There needs to be a full, INDEPENDENT, and transparent investigation.
— Chuck Schumer (@SenSchumer) March 10, 2026
Pengeboman sekolah perempuan itu merupakan insiden tunggal paling mengorbankan nyawa sejak perang bermula, dengan laporan media Iran menyebut angka kematian mencecah 165 hingga 175 orang, majoritinya pelajar sekolah.
Angka ini belum dapat disahkan secara bebas, namun imej satelit menunjukkan bangunan sekolah musnah teruk hampir sepenuhnya.
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Donald Trump
#Chuck Schumer
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan