awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu SPHM: Tiada keperluan tarik lesen perniagaan dua syarikat di Melaka
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran laluan perkapalan terancam jika serangan dipertingkat
PSV Eindhoven tawan Liga Belanda buat kali ketiga berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SDH diperluas ke Pulau Pinang - Fadhlina

Bernama
Bernama
23/03/2026
14:09 MYT
SDH diperluas ke Pulau Pinang - Fadhlina
Ketika ini sebanyak 20 program SDH beroperasi di seluruh negara, dengan lebih 400,000 murid telah mendapat manfaat sejak pelaksanaannya. - Foto Facebook/Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) terus komited memenuhi keperluan setiap segmen murid, termasuk mereka yang sedang menerima rawatan di hospital, kerana akses kepada pendidikan berkualiti merupakan hak setiap individu.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata bagi memastikan murid yang menjalani rawatan tidak tercicir dalam pembelajaran, KPM bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) serta Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melaksanakan inisiatif Sekolah Dalam Hospital (SDH).

Beliau berkata ketika ini sebanyak 20 program SDH beroperasi di seluruh negara, dengan lebih 400,000 murid telah mendapat manfaat sejak pelaksanaannya.

“Terkini, program SDH diperluas ke Hospital Seberang Jaya, sekali gus menjadi yang pertama dilaksanakan di Pulau Pinang,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Fadhlina berkata usaha berterusan itu turut diterjemahkan melalui pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 yang memberi penekanan kepada pendidikan inklusif serta kesaksamaan akses.

Program SDH telah dilaksanakan sejak 2011.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Fadhlina Sidek
#Sekolah Dalam Hospital
#KPM
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan