awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Usah perlekehkan usaha diplomasi Perdana Menteri - Tunku Nashrul
KESUMA tiada masalah jika guna sistem baharu pengambilan pekerja asing Bestinet - Ramanan
Ringgit meningkat semula berbanding dolar AS menjelang anggaran awal KDNK suku pertama esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Sebagai bapa, saya maafkan guru berkenaan, selebihnya serah pada polis'

Sinar Harian
Sinar Harian
13/04/2026
09:52 MYT
'Sebagai bapa, saya maafkan guru berkenaan, selebihnya serah pada polis'
Mohd Azaudin (kanan) memaafkan guru berkenaan dan selebihnya menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan lanjut.
Bapa kepada Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, yang maut dirempuh oleh guru semasa memakai kasut di depan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di sini pada Ahad iaitu Mohd Azaudin Abdullah, 43, memaafkan wanita terbabit.
Bapa kepada empat orang anak itu bagaimanapun memberitahu, selebihnya dia menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut.
"Sebagai bapa, saya maafkan guru berkenaan. Saya juga reda dengan takdir yang menimpa anak saya," katanya kepada pemberita pada Isnin.
Menurut Mohd Azaudin, semasa di lokasi kejadian, dia ada bertanya siapa yang melanggar anaknya itu.
Ujarnya, guru berkenaan mengaku bahawa dia yang melanggar Nur Fatimatul Hawa.
"Saya hanya berdiam diri," katanya.
Sinar Harian pada Isnin melaporkan guru yang dipercayai melanggar seorang pelajar Tingkatan Satu sehingga maut di hadapan surau SMK Tanjong Mas di sini pada Ahad direman selama dua hari.
Perintahan tahanan reman ke atas wanita berusia 57 tahun itu bermula pada Isnin dan dikeluarkan oleh Majistret Wan Mohd I'zzat Wan Abdullah. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan dalam sekolah
#guru langgar murid
#kemalangan maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan