awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Segera lapor jika berlaku tanah runtuh, hakisan akibat banjir - Fadillah

Bernama
Bernama
08/01/2017
05:26 MYT
Segera lapor jika berlaku tanah runtuh, hakisan akibat banjir - Fadillah
Banjir berpotensi mengubah struktur tanah seterusnya membawa risiko tanah runtuh, hakisan mahupun mendapan. - Gambar hiasan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof mahu penduduk di kawasan yang mengalami banjir melaporkan segera insiden tanah runtuh atau hakisan tanah di kawasan mereka agar tindakan pencegahan dapat dilakukan lebih awal.
Beliau berkata laporan boleh dibuat kepada bilik gerakan Pusat Pengurusan Bencana jabatan Kerja Raya (JKR) atau menerusi laman sosial kementerian di http://bencanaalam.jkr.gov.my/v2/.
"Kita pantau keadaan banjir bukan sahaja menerusi media sosial tetapi juga melalui saluran rasmi kerajaan. Kita minta kerjasama rakyat untuk kenal pasti kalau ada tanah runtuh supaya langkah pencegahan dapat diambil," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat TM Toursand Travel cawangan Kuching, di sini hari ini.
Katanya bilik gerakan JKR kini diletak dalam status kuning iaitu beroperasi dari 8 pagi hingga 5 petang memandangkan keadaan banjir semakin terkawal sejak dua hari lepas.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#fadilah yusof
#hakisan tanah
#kerja raya
#kesan banjir
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan