awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tehran tegaskan Selat Hormuz bukan laluan serangan terhadap Iran
Dua juta kenderaan dijangka masuk Kelantan sempena Aidilfitri
Hishammuddin turut kemuka surat permohonan kembali UMNO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sejati MADANI: Siasatan dapati tiada sebarang kesalahan - SPRM

Bernama
Bernama
16/03/2026
07:53 MYT
Sejati MADANI: Siasatan dapati tiada sebarang kesalahan - SPRM
Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan. - Gambar hiasan

Hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu setakat ini mendapati tiada sebarang kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 berhubung dakwaan penyelewengan peruntukan Program Sejahtera Komuniti MADANI (Sejati MADANI) di negeri itu.

Menurut sumber, kertas siasatan berhubung isu berkenaan dibuka SPRM pada tahun lalu bagi meneliti dakwaan yang dibangkitkan.

"Kertas siasatan telah dibuka tahun lalu dan setakat ini siasatan mendapati tiada sebarang kesalahan dilakukan di bawah Akta SPRM 2009,” katanya di sini, pada Isnin.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

Beliau turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau bukti berkaitan dakwaan penyelewengan peruntukan Program Sejati MADANI supaya tampil menyalurkan maklumat kepada SPRM bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menggesa SPRM menyiasat dakwaan penyelewengan peruntukan bagi program berkenaan.

Beliau mendakwa menerima beberapa aduan berkaitan pelaksanaan projek itu di Terengganu yang antara lain mendakwa terdapat individu memegang jawatan politik di peringkat negeri melanggar amanah dengan menyelewengkan dana yang sepatutnya disalurkan kepada peserta berpendapatan rendah.

Program Sejati MADANI merupakan inisiatif nasional yang diperkenalkan kerajaan pada Mac 2024 bagi memperkasa ekonomi komuniti.

Melalui program itu, komuniti yang layak boleh menerima peruntukan sehingga RM100,000 bagi menyokong pelaksanaan aktiviti yang bertujuan meningkatkan pembangunan sosioekonomi setempat.

Topic Berkaitan
#SejaTi Madani
#SPRM
#kertas siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan