awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM
Konflik Asia Barat: Pengeksport Malaysia digesa amalkan pendekatan proaktif, adaptif
MSN nafi tidak benarkan Beasley terlibat program pencarian bakat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekatan internet terhadap rakyat Iran hingga perang berakhir - Tehran

Bernama
Bernama
08/04/2026
04:54 MYT
Sekatan internet terhadap rakyat Iran hingga perang berakhir - Tehran
Kira-kira 90 juta penduduk mempunyai akses hanya kepada kandungan yang diluluskan oleh kerajaan, manakala sebahagian daripada tentera dan elit politik boleh terus menggunakan internet tanpa sekatan. - Gambar/ Reuters
Akses internet akan terus disekat kepada rakyat Iran ketika perang masih berlanjutan, jurucakap kerajaan Iran Fatemeh Mohajerani memberitahu penyiar negeri IRIB pada Selasa, lapor agensi berita Jerman dpa.
Mohajerani berkata walaupun kerajaan menyokong akses bebas, pertimbangan berbeza digunakan semasa perang.
Akses internet dihadkan di Iran sejak serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel bermula pada 28 Feb, iaitu gangguan paling lama pernah berlaku di negara itu.
Kira-kira 90 juta penduduk mempunyai akses hanya kepada kandungan yang diluluskan oleh kerajaan, manakala sebahagian daripada tentera dan elit politik boleh terus menggunakan internet tanpa sekatan.
Media Iran terus menerbitkan laporan di Telegram dan X yang disekat untuk penduduk.
Perdagangan dalam talian telah terhenti sekali gus menjejaskan ratusan ribu perniagaan.
-- BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Iran
#sekatan Internet
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan