awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekolah dilanda banjir, bomba selamatkan 32 guru, murid terperangkap

Bernama
Bernama
01/11/2021
15:16 MYT
Sekolah dilanda banjir, bomba selamatkan 32 guru, murid terperangkap
Mangsa yang terperangkap terdiri daripada 18 guru iaitu 13 wanita dan lima lelaki manakala murid seramai 14 orang yang terdiri daripada 11 lelaki dan tiga perempuan. - Gambar/ Media sosial
KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat menyelamatkan 32 guru dan murid Sekolah Kebangsaan Seri Serdang, Seri Kembangan dekat sini yang terperangkap dalam banjir selepas sekolah mereka dinaiki air kira-kira setinggi paras pinggang berikutan hujan lebat petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata mangsa yang terperangkap terdiri daripada 18 guru iaitu 13 wanita dan lima lelaki manakala murid seramai 14 orang yang terdiri daripada 11 lelaki dan tiga perempuan.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian terbabit pada 7.45 malam dan usaha menyelamat mangsa berkenaan dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia.
"Guru dan murid berada dalam keadaan selamat. Kesemua murid Tahun 1 dan Tahun 2 itu kini telah berjaya dikeluarkan jam 9.35 malam menggunakan lori (dan pacuan empat roda) serta diserahkan kepada ibu bapa masing-masing manakala guru diselamatkan kurang setengah jam kemudian," katanya kepada Bernama, hari ini.
Beliau berkata, paras banjir di sekolah terbabit mulai surut dan kesemua mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dari lokasi kejadian kira-kira pukul 10 malam tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sk seri serdang
#banjir
#Seri Kembangan
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan