awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sektor pelancongan di Pulau Pinang sedia hadapi impak PKP 3.0

Bernama
Bernama
09/05/2021
14:30 MYT
Sektor pelancongan di Pulau Pinang sedia hadapi impak PKP 3.0
Operator destinasi menarik di Pulau Pinang turut berdepan tempoh sukar sejak larangan rentas negeri dikekalkan. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Penggiat industri pelancongan di Pulau Pinang bersedia menghadapi impak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ketiga (PKP 3.0) yang bermula esok dengan menjangkakan mengalami kerugian besar.
Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) cawangan Pulau Pinang Raj Kumar berkata PKP 3.0 untuk tempoh dua minggu akan datang akan memberi impak buruk kepada kira-kira 6,000 pekerja industri hotel di negeri itu.
"Kebanyakan pemilik hotel mengalami kekurangan tunai dan mendapati sukar untuk membayar gaji kakitangan mereka. Adalah tidak mengejutkan sekiranya lebih banyak hotel di Pulau Pinang ditutup, sama ada sementara atau selama-lamanya dalam tempoh dua minggu akan datang," katanya kepada Bernama.
Beliau berharap kerajaan Persekutuan akan melaksanakan langkah diperlukan dengan tegas dan berhati-hati, bukan sahaja untuk memastikan keselamatan kesihatan awam ketika COVID-19, malah bagi kelangsungan pemilik hotel di sepanjang tempoh PKP.
Sementara itu, operator destinasi menarik di Pulau Pinang turut berdepan tempoh sukar sejak larangan rentas negeri dikekalkan.
Pengerusi Persatuan Tarikan Pelancongan Pulau Pinang (ATAP) Ch'ng Huck Theng melahirkan kebimbangan bahawa sebahagian daripada ahlinya mungkin tidak mampu untuk bertahan sehingga akhir tahun ini sekiranya PKP diteruskan.
Beliau berkata versi PKP yang pelbagai menyaksikan beberapa ahlinya yang menjalankan operasi destinasi tarikan yang lebih kecil perlu ditutup, manakala yang lebih besar berusaha keras untuk bertahan pada masa ini.
Ch'ng berkata sebelum COVID-19, ahli ATAP menggajikan lebih 10,000 pekerja dan berupaya meraih perolehan bersih terkumpul berjumlah RM1 bilion.
"Meskipun kita sedia maklum bahawa PKP ini diperlukan, kami berharap kerajaan Persekutuan akan memastikan inilah yang terakhir.
"Inilah masanya untuk kita benar-benar mengambil iktibar daripada kesilapan dan bersatu untuk mengembalikan semula harapan kepada kita semua," katanya.
Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan PKP di beberapa daerah dan mukim di Pulau Pinang bermula 10 hingga 23 Mei ini.
Daerah yang terlibat adalah Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan, selain Mukim 12, Barat Daya; Bandar Butterworth dan Mukim 14, Seberang Perai Utara.
Topic Berkaitan
#Persatuan Hotel Malaysia
#pulau pinang
#Raj Kumar
#PKP 3 0
#Persatuan Tarikan Pelancongan Pulau Pinang
#Ch'ng Huck Theng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan