awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sektor pembinaan Malaysia capai pertumbuhan memberangsangkan tahun ini - Menteri

Bernama
Bernama
16/11/2023
07:55 MYT
Sektor pembinaan Malaysia capai pertumbuhan memberangsangkan tahun ini - Menteri
Nanta berkata usaha itu mewakili pelaburan besar yang berjumlah RM63 bilion bagi inisiatif swasta dan RM84 bilion untuk projek kerajaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sektor pembinaan Malaysia merekodkan pertumbuhan yang memberangsangkan tahun ini dengan 9,144 projek berjaya dilaksanakan sehingga September, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata usaha itu mewakili pelaburan besar yang berjumlah RM63 bilion bagi inisiatif swasta dan RM84 bilion untuk projek kerajaan.
Katanya kira-kira 91 peratus daripada projek itu diuruskan oleh kontraktor tempatan, sekali gus membuktikan kepakaran mereka dalam membentuk landskap infrastruktur Malaysia.
"Statistik ini bukan sahaja melambangkan kontrak tetapi turut merangkumi kemajuan, pembangunan, dan janji yang tidak berbelah bahagi untuk masa depan yang lebih cerah serta mempamerkan kerancakan industri pembinaan kita.
"Pelaburan infrastruktur hari ini membuka jalan bagi ketersambungan yang dipertingkatkan, pendidikan yang lebih baik, penjagaan kesihatan yang unggul dan kualiti hidup yang tinggi untuk setiap rakyat Malaysia," katanya.
Nanta berkata demikian semasa merasmikan Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) 2023 serta Pameran Industri Bangunan dan Pembinaan Antarabangsa Malaysia (BuildExpo Malaysia) di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.
ICW yang memasuki edisi ke-22 tahun ini berlangsung selama tiga hari bermula semalam di MITEC, dengan tema 'Leading ESG in Construction'.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alexander Nanta Linggi
#sektor pembinaan
#Tahun 2023
#ekonomi malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan