awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selamatkan harimau Malaya: FAM sumbang hampir RM100,000 kepada Perhilitan

Bernama
Bernama
12/01/2024
08:53 MYT
Selamatkan harimau Malaya: FAM sumbang hampir RM100,000 kepada Perhilitan
Sumbangan itu hasil jualan tiket daripada 3 perlawanan antarabangsa pasukan Harimau Malaya yang berlangsung pada Oktober dan November tahun lepas. - Facebook Football Association of Malaysia
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini menyalurkan sumbangan berjumlah RM99,845 kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk Tabung Selamatkan Harimau Malaya.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan sumbangan itu hasil jualan tiket daripada tiga perlawanan antarabangsa pasukan Harimau Malaya yang berlangsung pada Oktober dan November tahun lepas, dengan RM1 setiap tiket disumbangkan kepada tabung itu.
"Jumlah keseluruhan sumbangan kepada tabung ini setelah dilancarkan pada Mac 2023 ialah RM131,408 daripada enam perlawanan antarabangsa Harimau Malaya," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan kerjasama antara KBS dan FAM itu juga menjadi saksi kepada satu bukti konklusif dengan kedua-dua organisasi turut menitikberatkan hidupan liar khususnya harimau Malaya yang merupakan haiwan ikonik Malaysia yang kini kian terancam.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyaksikan penyerahan replika cek daripada FAM kepada Perhilitan untuk tabung berkenaan.
Turut hadir, Timbalan Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Timbalan Ketua Pengarah Operasi Perhilitan Datuk Hasnan Yusop.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#Perhilitan
#sumbangan
#FAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan