awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selaraskan sistem pendidikan prasekolah demi kualiti lebih baik - Pakar

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
03/06/2023
03:37 MYT
Selaraskan sistem pendidikan prasekolah demi kualiti lebih baik - Pakar
Prasekolah di Malaysia dilihat berada pada tahap yang memerlukan penyelarasan, bukan sahaja di peringkat pentadbiran dan pengurusan, tetapi juga kokurikulum. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya sistem prasekolah di Malaysia diselaras dan diseragamkan, mengambil kira dapatan dari laporan Bank Dunia dalam kajian semula sistem pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia.
Menurut Setiausaha Kluster Pendidikan & Pembangunan Modal Insan Majlis Profesor Negara, Dr Anuar Ahmad, kepelbagaian pentadbiran, pengurusan dan kokurikulum dari pihak swasta dan kerajaan juga menyumbang kepada kualiti prasekolah Malaysia yang disifatkan masih kurang memberangsangkan.
Katanya, Bank Dunia melihat Malaysia mempunyai sistem prasekolah yang agak pelbagai dan diuruskan pelbagai pihak.
Beliau memberi contoh, di bawah kerajaan sendiri, terdapat prasekolah kendalian pelbagai kementerian seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Luar Bandar (Tabika Kemas) dan Kementerian Perpaduan (Tabika Perpaduan).
"Ia menunjukkan, prasekolah ini di peringkat yang memerlukan penyelarasan, bukan sahaja di peringkat pentadbiran dan pengurusan, tetapi juga kokurikulum, yang dilihat berbeza di setiap sekolah," jelasnya.
Oleh itu, beliau menyarankan agar satu badan pemantau diwujudkan demi memastikan kualiti prasekolah dalam negara diperbaiki.
Laporan Bank Dunia dalam kajian semula sistem pendidikan awal kanak-kanak Malaysia dikeluarkan 30 Mei lalu memaklumkan, selepas 66 tahun merdeka, kualiti prasekolah Malaysia masih di peringkat kurang memuaskan.
Hasil kajian itu juga menyenaraikan beberapa isu yang perlu diberi perhatian, antaranya kekurangan prasekolah di kawasan tertentu, kurangnya kesedaran ibu bapa mengenai manfaat menghantar anak ke prasekolah, bebanan kos prasekolah, kualiti guru yang rendah dan penindihan peranan di antara kementerian dan agensi yang mengawasi Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE) di Malaysia.
Topic Berkaitan
#Bank Dunia
#prasekolah
#kepelbagaian
#badan pemantau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan