awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UM siasat dakwaan pensyarah kanan terlibat Freemason
Suspek tembakan Kanada dikenal pasti remaja perempuan berusia 18 tahun
Bintang ‘Dawson’s Creek’, James Van Der Beek meninggal dunia pada usia 48 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selat Melaka bebas ancaman lanun

Bernama
Bernama
10/12/2017
04:04 MYT
Selat Melaka bebas ancaman lanun
Selat Melaka menjadi laluan perairan perdagangan yang selamat dan bebas dari ancaman lanun sejak empat tahun lepas. - Gambar fail BERNAMA
Selat Melaka menjadi laluan perairan perdagangan yang selamat dan bebas dari ancaman lanun sejak empat tahun lepas hasil penguatkuasaan bersepadu yang dilakukan di sepanjang selat itu.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pengkuatkuasaan bersepadu telah dilaksanakan oleh Jabatan Laut, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang menjaga keselamatan kapal-kapal daripada ancaman lanun.
"Pihak keselamatan negara juga berkerjasama sama dengan pihak berkuasa negara jiran Singapura dan Indonesia dalam menjaga keselamatan perairan di selat tersebut," katanya kepada media selepas acara Larian Maritim 2017 di sini hari ini.
Dalam pada itu, katanya kejayaan Malaysia yang berjaya menduduki kerusi Ahli Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) Kategori C untuk tempoh 2018-2019 bagi penggal ketujuh berturut-turut, menunjukkan pengiktirafan dunia kepada Malaysia dalam sumbangan dan kepentingan dalam sektor maritim antarabangsa.
"Kejayaan ini akan lebih memberi semagat kepada kerajaan dan pihak berkaitan untuk terus memberi sumbangan kepada sektor maritim terutamanya dari segi perkongsian kemahiran teknikal dan latihan di antara negara anggota," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#ancaman lanun
#Datuk Seri Liow Tiong Lai
#Jabatan Laut
#keselamatan
#Maritim Malaysia
#Menteri Pengangkutan
#Selat Melaka
#TLDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan