awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas cubaan merompak gagal, kaki pula ditembak

Astro Awani
Astro Awani
08/01/2016
12:20 MYT
Selepas cubaan merompak gagal, kaki pula ditembak
Menurut polis, ketika kejadian, dua perompak cuba memecahkan pintu premis berkenaan manakala seorang lagi sebagai pemerhati di bahagian hadapan. - Foto Astro AWANI
Seorang perompak cedera ditembak pengawal keselamatan ketika cuba menyamun premis pengurup wang di Sunway Mentari di sini pada Jumaat.
Dua lagi rakannya sempat melarikan diri meninggalkan mangsa di kaki lima premis berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din, dua dari suspek melarikan diri menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC.
“Sebilah parang yang digunakan untuk menetak pengawal keselamatan turut ditemui di tempat kejadian.
“CCTV rakaman litar tertutup di persekitaran kawasan sedang diteliti bagi mengenalpasti penjenayah terbabit,”tambahnya.
Beliau berkata ketika kejadian, dua perompak cuba memecahkan pintu premis berkenaan manakala seorang lagi sebagai pemerhati di bahagian hadapan.
Salah seorang daripada mereka panik apabila bertembung dengan pengawal keselamatan yang berkawal ddan cuba menyerang pengawal terbabit.
Ia mengakibatkan pengawal keselamatan tersebut melepaskan tembakan dan mencederakan kaki kiri suspek.
Topic Berkaitan
#ACP Mohd Zani Che Din
#pengurup
#perompak cedera
#Premis
#sunway mentari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan