awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
World #QuranHour 2026 buka tirai penganjuran ke-11
Suami didakwa kes tipu: Azar Azmi mohon ruang
Suami pelakon didakwa tipu jual tanah kurnia tidak wujud, gelaran Datuk palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas dikritik AS, PM UK berbincang dengan Trump mengenai perang di Iran

Astro AWANI
Astro AWANI
08/03/2026
21:04 MYT
Selepas dikritik AS, PM UK berbincang dengan Trump mengenai perang di Iran
Perdana Menteri Starmer (kanan) dan Presiden Trump, mengadakan panggilan telefon pada Ahad bagi membincangkan perkembangan terkini perang di Asia Barat. - Gambar fail AP
Perdana Menteri Britain, Keir Starmer dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengadakan panggilan telefon pada Ahad bagi membincangkan perkembangan terkini perang di Asia Barat, menurut kenyataan kerajaan United Kingdom (UK).
Perbincangan itu berlangsung selepas Starmer menerima kritikan pedas daripada Trump berhubung keengganan awal Britain terlibat dalam operasi ketenteraan AS-Israel terhadap Iran yang bermula pada 28 Februari lalu.
Menurut Downing Street, kedua-dua pemimpin memulakan perbualan dengan meneliti situasi semasa di Asia Barat serta tahap kerjasama ketenteraan UK-AS melalui penggunaan pangkalan Tentera Udara Diraja (RAF) bagi menyokong pertahanan sekutu di rantau tersebut.
Starmer turut menyampaikan ucapan takziah kepada Trump dan rakyat AS susulan kematian enam anggota tentera Amerika.
Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut sama ada mereka membincangkan ketegangan hubungan yang tercetus dalam seminggu terakhir ini.
Starmer sebelum ini berusaha memupuk hubungan baik dengan Trump, termasuk memberikan Presiden AS itu lawatan negara kali kedua yang tidak pernah diberikan kepada mana-mana pemimpin lain.
Namun, hubungan kedua-duanya menjadi tegang apabila Starmer pada awalnya enggan membenarkan penggunaan pangkalan tentera Britain untuk serangan pertama AS terhadap Iran.
Beliau kemudian menukar pendirian dan bersetuju membenarkan dua pangkalan tentera UK digunakan bagi tujuan “pertahanan khusus dan terhad.”
Pesawat pengebom AS dilaporkan mula beroperasi dari pangkalan Fairford di Gloucestershire serta pangkalan Diego Garcia di Lautan Hindi pada Sabtu.
Trump sebelum ini menyatakan rasa tidak puas hati terhadap London sambil menyindir Starmer dengan berkata, “ini bukan Winston Churchill.”
Dalam satu hantaran di media sosial, beliau turut menyebut Britain sebagai “sekutu besar kami suatu ketika dahulu” dan menuduh Starmer cuba “menyertai perang selepas kami memenanginya.”
Starmer mempertahankan pendiriannya dengan menegaskan bahawa sebarang tindakan ketenteraan Britain mesti “mempunyai asas undang-undang yang kukuh serta pelan yang jelas.”
Beliau turut menegaskan, serangan balas Iran ke atas sekutu-sekutu Barat di Asia Barat telah mewajarkan keputusan kerajaan untuk menyokong operasi ketenteraan AS pada tahap terhad. - Agensi
Topic Berkaitan
#Perang Iran-Israel 2026
#konflik Asia Barat
#Donald Trump
#Keir Starmer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan