awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Tidak ada PRU16 dalam satu, dua bulan ini" - PM Anwar
Misi bantuan Gaza: Pemilihan MB Selangor bantu permudah rundingan dengan Mesir - Anwar
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas Sora dihentikan, OpenAI gugur mod dewasa ChatGPT

Astro AWANI
Astro AWANI
27/03/2026
03:59 MYT
Selepas Sora dihentikan, OpenAI gugur mod dewasa ChatGPT
Kebimbangan utama adalah berkaitan pendedahan kandungan tidak bersesuaian kepada pengguna bawah umur, serupa dengan isu yang dihadapi oleh pesaing mereka, Meta. -Foto hiasan/Amanz
Syarikat gergasi kecerdasan buatan (AI), OpenAI, membatalkan perancangan untuk menawarkan ciri perbualan mod dewasa menerusi ChatGPT, menurut laporan Financial Times.
Keputusan itu menyusul selepas pengumuman pembatalan model penjanaan video, Sora, kelmarin, sekali gus menandakan pelarasan semula fokus syarikat berkenaan dalam mendepani persaingan pasaran.
Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman, sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk menawarkan mod perbualan yang lebih terbuka, namun cadangan itu menerima kritikan hebat daripada pelbagai pihak.
Kebimbangan utama adalah berkaitan pendedahan kandungan tidak bersesuaian kepada pengguna bawah umur, serupa dengan isu yang dihadapi oleh pesaing mereka, Meta.
OpenAI dilaporkan memfokuskan pada perkhidmatan teras dan pembangunan produk untuk pelanggan perniagaan.
Langkah ini dilihat sebagai strategi untuk mengekalkan pelanggan yang beralih kepada model AI lain seperti Google Gemini dan Claude.
Keputusan OpenAI mungkin dipengaruhi oleh tindakan undang-undang terhadap syarikat teknologi seperti Google dan Meta, yang berkaitan dengan isu ketagihan media sosial dan pendedahan bahan seksual kepada kanak-kanak.
Walaupun pembatalan itu belum diumumkan secara rasmi, penganalisis industri menganggapnya sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan masalah undang-undang dan reputasi pada masa hadapan.
Sebelum ini, OpenAI telah memperkenalkan pelbagai ciri keselamatan tambahan pada ChatGPT untuk memastikan interaksi pengguna mematuhi garis panduan etika.
Topic Berkaitan
#OpenAI
#ChatGPT
#mod dewasa
#Sora
#Sam Altman
#Keselamatan AI
#Google Gemini
#Claude
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan