awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hampir 700,000 penduduk Lubnan hilang tempat tinggal dalam tempoh lebih seminggu - UNHCR
Tiada mana-mana bahagian Bersatu bubar - Muhyiddin
Lebih 700 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak pindah ke PPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas Wan Saiful, Saifuddin pula tarik balik rayuan pemecatan Bersatu

Sinar Harian
Sinar Harian
16/02/2026
06:03 MYT
Selepas Wan Saiful, Saifuddin pula tarik balik rayuan pemecatan Bersatu
Pada 6 Januari lalu, Ahli Parlimen Indera Mahkota itu dilapor mengesahkan menerima surat daripada Lembaga Tatatertib Bersatu berhubung pemecatan beliau. - Gambar fail/Bernama
Selepas bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan bertindak menarik balik rayuan pemecatan yang dikenakan terhadapnya pagi tadi, Datuk Seri Saifuddin Abdullah turut mengambil langkah sama berkuat kuasa serta-merta.
Bagaimanapun, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Bersatu itu tidak menyatakan penjelasan berhubung tindakan tersebut.
"Dengan penarikan ini, saya memohon agar Lembaga Rayuan mengambil maklum dan seterusnya menghentikan segala prosiding atau pertimbangan lanjut berkaitan rayuan saya," katanya menerusi sepucuk surat yang dialamatkan kepada Pengerusi Lembaga Rayuan Bersatu, pada Isnin.
Pada 6 Januari lalu, Ahli Parlimen Indera Mahkota itu dilapor mengesahkan menerima surat daripada Lembaga Tatatertib Bersatu berhubung pemecatan beliau susulan melanggar Klausa 9.1.4 Perlembagaan parti yang tidak memperincikan kesalahan khusus dilakukannya.
Pada 27 Oktober lalu, Saifuddin dan bekas Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli digugurkan jawatan masing-masing sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang dan Perlis.
Jawatan pengerusi bagi kedua-dua negeri itu kini disandang oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN Pahang), manakala Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN Perlis). -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Krisis Bersatu
#Saifuddin Abdullah
#rayuan pemecatan
#Wan Saiful Wan Jan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan