awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selesa beraya dengan pelitup muka

Sinar Harian
Sinar Harian
03/05/2022
21:26 MYT
Selesa beraya dengan pelitup muka
Gambar kecil: Dari kiri, Zamri Marzuki, Dzaty Adlin, Fadhil Misbari, Mohammad Shukri Suling, Geeta Yolanda. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Orang ramai memilih untuk kekal memakai pelitup muka di luar bangunan meskipun kerajaan telah melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pemakaiannya sejak 1 Mei lalu.
Tinjauan Sinar Harian di beberapa kawasan tumpuan di sekitar Shah Alam mendapati rata-rata mereka lebih selesa untuk memakai pelitup muka walaupun menyambut Hari Raya Aidilfitri di tempat terbuka.
Fadhil Misbari, 42, berkata, dia sekeluarga lebih memilih untuk terus memakai pelitup muka berikutan negara masih lagi berdepan dengan ancaman wabak COVID-19.
Menurutnya, walaupun berada dalam fasa peralihan endemik, namun negara belum bebas sepenuhnya daripada COVID-19.
“Jadi, saya lebih memilih untuk kekal beraya dengan memakai pelitup muka kerana ia lebih selamat dan saya juga tidak mahu ambil risiko mendedahkan anak-anak kepada virus ini.
“Lagipun, ia lebih bahaya untuk kanak-kanak walaupun mereka dah divaksin tetapi imun dalam badan mungkin tidak sesuai lagi.
“Kita sokong saranan kerajaan tetapi keadaan sekarang adalah lebih kepada inisiatif sendiri,” katanya ketika ditemui pada Selasa.
Pendapat sama turut diutarakan seorang guru, Dzaty Adlin, 30, yang mengakui dia lebih selesa memakai pelitup muka walaupun beraya di tempat terbuka terutamanya di kawasan yang sesak untuk mengelak jangkitan wabak COVID-19.
“Lagipun kita dah terbiasa memakai pelitup muka dan sudah menjadi rutin harian rakyat Malaysia sejak munculnya COVID-19.
“Sudah dua tahun kita pakai, nak bercakap dengan orang pun dah terbiasa bertutup (dengan pelitup muka),” katanya.
Pembantu rumah, Zamri Marzuki, 33, pula akui lebih memilih untuk menjaga SOP dengan mengamalkan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka meskipun menyambut lebaran di luar bangunan.
“Memanglah tidak wajib pakai di tempat terbuka tetapi kalau keadaan sesak saya masih akan pakai pelitup muka untuk keselamatan diri sendiri,” ujarnya.
Sementara itu, Mohammad Shukri Suling, 44, berkata, dia dan keluarga akan terus memakai pelitup muka berikutan bimbang dengan pandemik COVID-19 yang masih belum pulih.
“Kita kena jaga diri dan keluarga sendiri. Virus ini tidak boleh dilihat dengan mata kasar, jadi kita tidak tahu siapa pembawa dan sesiapa sahaja berisiko terdedah dengan wabak ini terutamanya apabila berada di luar rumah,” jelas pengawal keselamatan itu.
Bagaimanapun katanya, ia juga terpulang kepada pilihan individu itu sendiri, apatah lagi kelonggaran sudah diberikan.
Dalam pada itu, seorang kerani, Geeta Yolanda, 27, yang berkunjung ke pusat riadah di sekitar Shah Alam bersama dua anaknya juga memilih untuk memakai pelitup muka kerana sudah terbiasa dengan keadaan itu.
“Sekiranya berada di tempat lapang dan tidak ramai orang, baru saya yakin untuk membukanya,” katanya.
* Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Hari Raya Aidilfitri
#pelitup muka
#COVID-19
#kelonggaran sop
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan