awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seleweng dana kementerian: Pemimpin kanan parti politik Sabah ditahan SPRM

Astro Awani
Astro Awani
05/10/2017
15:27 MYT
Seleweng dana kementerian: Pemimpin kanan parti politik Sabah ditahan SPRM
Seorang pemimpin kanan parti politik Sabah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Pejabat SPRM Sabah. -Gambar fail
Seorang pemimpin kanan parti politik Sabah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Pejabat SPRM Sabah, hari ini.
Dia ditahan selepas hadir bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana kementerian di Sabah.
Turut ditahan seorang lelaki dipercayai kontraktor dan ahli perniagaan berusia 52 tahun serta timbalan setiausaha bahagian infrastruktur di kementerian berkenaan.
Ketiga-tiga mereka ditahan di antara pukul 6 petang dan 8 malam pada Khamis.
Sumber ketika dihubungi Astro AWANI berkata kontraktor itu yang ditahan setelah dipercayai terlibat dalam kes penyelewengan dana kementerian.
Sumber menambah kedua-dua mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu bagi mendapatkan reman kira-kira pukul 2 petang esok.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad mendedahkan pihaknya menyita lebih RM150 juta dalam akaun bank berhubung kes penyelewengan dana kementerian itu di Sabah semalam, manakala RM29 juta lagi dibekukan hari ini.
Topic Berkaitan
#Kota Kinabalu
#Mahkamah Majistret
#pemimpin kanan parti politik Sabah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan