awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit meningkat berbanding dolar AS susulan harapan terhadap rundingan AS-Iran
Kerajaan Persekutuan peruntuk lebih RM40 juta bagi projek Sejati MADANI di Melaka
Senat AS sekat usaha Demokrat hadkan kuasa perang Trump terhadap Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seleweng dana RM1.2 bilion: Bekas CEO badan berkanun pula direman

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
16/05/2024
09:36 MYT
Seleweng dana RM1.2 bilion: Bekas CEO badan berkanun pula direman
Bekas CEO badan berkanun ditahan ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya pada Rabu.
PUTRAJAYA: Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) badan berkanun direman bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana peruntukan pinjaman daripada Kementerian Kewangan membabitkan projek pembangunan bernilai RM1.2 bilion.
Penahanan lelaki berusia 60-an itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadikan tiga suspek direman berkaitan kes berkenaan.
Lelaki terbabit ditahan SPRM ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya kira-kira pukul 8 malam Rabu.
Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis mengeluarkan perintah reman dua hari sehingga Jumaat ke atas suspek.
"Suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2019 hingga 2021 dan telah menyalahgunakan dana peruntukan pinjaman dengan memindahkan sebahagian pinjaman wang yang diterima dari Kementerian Kewangan kepada syarikat kontraktor serta perunding yang tidak berkaitan dalam kos pembangunan seperti yang dinyatakan dalam permohonan peruntukan pinjaman kerajaan," kata sumber.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan , Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
Kes itu katanya disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Pada Rabu, dua pegawai kanan badan berkanun ditahan reman berhubung isu sama.
Kedua-dua suspek yang berusia 50-an itu direman empat hari bermula Rabu.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kewangan
#penyalahgunaan kuasa
#MOF
#ditahan reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan