awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selfie, hashtaq dan tweet tidak jejas ketulenan bahasa Melayu - Tokoh Akademik

Bernama
Bernama
28/05/2014
02:40 MYT
Selfie, hashtaq dan tweet tidak jejas ketulenan bahasa Melayu - Tokoh Akademik
Perkataan-perkataan itu telah menjadi sebutan ramai dan tidak boleh diabaikan begitu sahaja.
Perkataan seperti 'selfie', 'hashtag' dan 'tweet' yang kini muncul selari dengan perkembangan teknologi maklumat adalah relevan untuk dijadikan istilah baharu dalam Kamus Dewan, kata Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, Datuk Zainal Abidin Borhan.
Beliau yang juga Setiausaha Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) berkata perkataan-perkataan itu telah menjadi sebutan ramai dan tidak boleh diabaikan begitu sahaja.
"Lagi pun saya fikir tidak ada perkataan dalam bahasa Melayu yang boleh menterjemahkan istilah selfie, hashtag dan tweet dengan tepat. Oleh itu perkataan-perkataan ini adalah relevan untuk dimasukkan dalam kamus bagi orang ramai memahami maksudnya.
"Sebelum ini pun istilah 'computer' sudah diterjemah menjadi komputer dalam bahasa standard," katanya.
Sebelum ini Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Datuk Dr Awang Sariyan mengumumkan perkataan seperti itu akan menjadi sebahagian daripada Kamus Dewan.
Selfie merujuk kepada perbuatan mengambil gambar sendiri mengunakan telefon pintar untuk dimuat naik ke laman sosial.
Hashtag pula merujuk kepada simbol # yang digunakan pengguna Twitter untuk menandakan kata kunci atau topik hangat bagi memudahkan pencarian dalam kalangan pengguna laman sosial manakala Tweet merujuk kepada status yang diletakkan pengguna Twitter dalam laman sosial.
Zainal Abidin berkata meletakkan perkataan seperti itu dalam kamus utama bahasa Melayu tidak akan menjejaskan ketulenan bahasa Melayu malah akan lebih memperkayakan perbendaharaan kata bahasa Melayu.
"Kita telah lama gunakan perkataan pinjaman dari bahasa lain ke dalam bahasa Melayu seperti almari daripada bahasa Potugis, abjad daripada bahasa Arab dan biskut daripada bahasa Inggeris," katanya.
Namun bekas pengarah akademi pengajian Melayu dari Universiti Malaya ini berkata selain menggunakan perkataan pinjaman, dialek masyarakat Melayu yang boleh digunakan untuk menerangkan perkataan-perkataan itu dengan tepat perlu dicari terlebih dahulu.
Topic Berkaitan
#hashtag
#Kamus Dewan
#media sosial
#selfie
#Tweet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan