awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seludup senjata: Polis sahkan rakyat Malaysia ditahan di Pakistan

Assim Hassan
Assim Hassan
23/12/2017
11:21 MYT
Seludup senjata: Polis sahkan rakyat Malaysia ditahan di Pakistan
Mohamad Fuzi mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Pakistan. - Gambar fail/Bernama
Polis pada Sabtu mengesahkan penahanan seorang lelaki warga Malaysia di Lapangan Terbang Jinnah, Karachi Pakistan kerana menyeludup senjata api.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pasukan keselamatan Pakistan semalam.
Menurut beliau, pihaknya sedang meneliti penglibatan suspek berusia 20 tahun dari Serian, Sarawak itu dengan kumpulan militan Daish.
Difahamkan suspek dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Jinnah menuju ke Bangkok, Thailand menggunakan pesawat Thai Airways TG-342.
"Siasatan awal mendapati suspek mempunyai kaitan dengan militan Daish dan sedang menunggu laporan daripada pasukan keselamatan Pakistan untuk maklumat lanjut," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
Suspek yang lengkap berkopiah hitam, berbaju berwarna krim dan seluar hitam ditahan selepas didapati membawa empat senjata api, lapan kelopak peluru termasuk 70 butir peluru.
Malah, dilaporkan terdapat senjata api yang disembunyikan pada tapak kasut yang dipakai suspek.
Topic Berkaitan
#daish
#Karachi
#Ketua Polis Negara
#PDRM
#polis
#Sarawak
#Serian
#Tan Sri Mohamad Fuzi Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan