Seluruh England: Aaron Chia-Soh Wooi Yik terlepas kejuaraan dalam aksi mendebarkan

Aaron-Wooi Yik, bagaimanapun, menghadirkan debaran buat juara bertahan dari Korea Selatan itu sebelum tumbang 21-12, 18-21, 19-21 di Birmingham. - Gambar Stadium ASTRO
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, kempunan buat kali ketiga dalam final Seluruh England apabila tumbang kepada Kim Won-ho-Seo Seung-jae, sebentar tadi.
Aaron-Wooi Yik, bagaimanapun, menghadirkan debaran buat juara bertahan dari Korea Selatan itu sebelum tumbang 21-12, 18-21, 19-21 di Birmingham.
Sebelum ini, juara dunia 2022 itu pernah mara ke final edisi 2019 dan 2024, di mana kedua-duanya ditamatkan di tempat kedua.
Dalam sejarah pertemuan, Aaron-Soh pernah menewaskan Seo-Kim sekali daripada tiga pertemuan, iaitu di Terbuka Singapura tahun lalu, manakala pertemuan di final Terbuka Malaysia awal tahun ini dimenangi oleh Kim-Seo dalam tiga set yang sengit. - Stadium ASTRO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

